Wednesday, May 21, 2008

Tentang Kita

Tersebut kisah seorang perempuan muda yang tak putus-putus didatangi masalah. Selesai satu masalah, muncul lagi masalah yang lain pula. Gadis itu hampir berputus asa, lalu dia menceritakan kesusahan dan kegelisahannya kepada ayahnya.

Ayahnya seorang yang bijak lalu pergi ke dapur dengan membawa 3 benda di tangannya.. Lalu si ayah pun mendidihkan air , seterusnya si ayah terus memasukkan kentang, telur dan serbuk kopi di dalam bekas masing-masing. Sambil menunggu, si ayah tidak berkata walau sepatah pun sementara si anak menunggu dengan gelisah.

Sekitar 15 minit kemudian, si ayah mengeluarkan kentang dan telur dan diletakkan di sekeping piring. Lalu ia pun berkata:
"Anakku, apa yang kamu lihat?”
“Kentang, telur dan kopi,” jawab si anak.
“Cuba kamu amati dan pegang kentang ini,” kata si ayah.

Si Anak melakukannya dan mengatakan kentang itu sudah empuk. Lalu ia menyuruh si anak mengambil telur dan memecahkannya. Terakhir ia menyuruh si anak meminum kopi dengan aroma yang harum buat si anak tersenyum.

“Ayah, apakah maksudnya semua ini?” tanyanya.

Si ayah lalu menjelaskan, kentang , telur dan kopi mengalami kemalangan yang sama iaitu air mendidih. Tapi masing-masing bertindak balas dengan cara yang berbeza. Kentang yang keras dan kuat menjadi lembik dan lemah selepas direbus. Telur yang rapuh dan isinya yang cair menjadi keras isinya. Manakala kopi tetap sama tapi mengubah air yang mendidih itu dengan mencipta sesuatu yang baru.

“Kamu termasuk yang mana anakku? Saat kamu berhadapan dengan kesusahan dan cabaran, bagaimana kamu menghadapinya? Seperti kentang, telur atau kopi?” Tanya si ayah.

Dalam kehidupan kesusahan dan cabaran selalu datang dan pergi. Kamu boleh memilih untuk menjadi seperti apa mahumu. Adakah seperti kentang yang nampak keras tetapi kesusahan menyebabkannya lemah dan hilang kekuatan?

Atau seperti telur yang nampak lunak tetapi menjadi keras, semangat kaku dan hati yang keras walau "kulitnya” tetap sama?

Atau seperti kopi yang mengubah air panas dengan melepaskan aroma dan rasa yang enak?

Jika anda seperti kopi, anda boleh mengubah situasi di sekitar anda ketika anda mengalami kesusahan.

Seperti kata pepatah, “yang menentukan itu bukan apa yang menimpa kita tetapi bagaimana kita bertindak menghadapinya”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...