Friday, July 11, 2008

Demi Mencari Ilmu ....By Jehan


Demi mencapai cita-cita dan harapan keluarga , adik adik ini sanggup bergadai nyawa menyeberangi titian bertali semata mata untuk ke sekolah. Harapan untuk menggenggam cita-cita untuk kejayaan di masa depan, menyahut cabaran seperti ini adalah kebiasaan dan lumrah bagi mereka. Namun kemalangan tidak mengira sesiapa. Harapan akan terkubur sekiranya mereka lemas di arus yang deras. Harapan ibubapa mereka pasti akan punah.

Siapa kah yang patut mengambil perhatian kepada permasalahan mereka ini..? Ke manakah perginya wakil rakyat yang mereka pilih untuk membantu mereka?..

Seblum apa-apa terjadi, berilah sedikit pertolongan kepada mereka agar kesusahan mereka dapat di ringankan.

Sayang Sarawak nama diberi,
Kenangan manis terukir di sanubari,
Kalau jalan ini terpaksa aku tempuhi,
kan ku tuntut ilmu sampai aku mati.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...