Monday, July 14, 2008

Kisah Keluarga Yang Mengharukan....

cerita ni agak panjang, but worth reading!!
bacalah semasa ada kelapangan... .
apologise if its hurting anyone... ..


Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah, aku tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia aku 18 tahun masih lagi merasa penangan dari Abah.

Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7orang, yang pertama dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak,keenam dan ketujuh perempuan.

Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak pernah langsung berbual dengan Abah, waktu makan pun asing-asing kecuali bulan puasa jek, itupun waktu berbuka, cukup dengan 3 bijik kurma(wajib makan, kalau tak abah luku kepala) dan air, tak boleh makan dulu, solat maghrib jemaah, barulah boleh makan malam, itupun Abah biasanya makan kat atas meja, kitaorang depan TV. bukan tak nak makan ngan Abah tapi takut, salah tertib makan nanti pinggan singgah kat kepala pulak.Abah punyalah tertib makan, ambik lauk ngan tangan kanan, yelah makan kan pakai tangan, jadi ambik lauk tangan kiri ler,Abah kata suduboleh basuh,tangan kiri tu tangan setan.Tak boleh makan sambil minum air, dah abis makan baru boleh minum,ambik lauk yang dekat jek,yang jejauh suruh orang hulurkan,jangan nak menjangkau tangan.

Aku ni hantu buku, tak kiralah masa makan ke,tengok tv ke mesti ada buku terlekat kat tangan, Abah selalu tegur 'Akak nak makan buku tu letak, karang Abah koyak buku'. Aku ni memang degil, satu hari tu, waktu makan tengahari sebelum nak gi sejolah agama petang, aku bacalah buku cerita, baru pinjam dari library, tak perasan Abah ada, tetiba jek buku aku tu
melayang keluar rumah dan landing atas tempayan yang penuh air.

Biasalah perempuan mestilah menangis,bukannya Abah pujuk, Abah hadiahkan aku satu luku kat kepala 'Abah dah kata banyak kali,kepala ni keras sangat'. Mak aku kutip dan ironkan buku aku yang basah tu dan aku pegi sekolah agama dengan mata bengkak dan perut separuh lapar.

Aku ni pendendam, aku pasang semangat untuk belajar pandai-pandai supaya dapat masuk asrama dan Abah tak boleh pukul aku lagi dan bila aku dah berjaya dapat gaji besar aku bagi mak jek duit,Abah aku buat tak layan.

Aku berjaya masuk ke sekolah asrama penuh dan balik rumah pun, sebulan sekali jek, itupun time nak mintak duit, tapi jaranglah balik sebab aku dapat biasiswa,anak orang felda,kira susah jugaklah.cuti sekolah jek balik rumah Abah,itupun kekadang lepak rumah member ambik part time kat McD' atau KFC.Tapi bagitau Abah ada aktiviti sekolah.

Tapi Abang aku yang nombor 2 tu dan adik aku no 4,puas kena belasah ngan Abah, Abangku yang sulung nenek bela,aku pun tak tau kenapa mak aku bagi kat nenek.Untung tak kena belasah ngan Abah. Pernah sekali tu Abang aku balik lambat dari bermain,Abah rantai Abang kat tiang seri rumah dan rotan berkali-kali,aku dan adik aku cuba halang Abah, aku sayang kat
abang aku tu, dia baik, kitaorang pun kena rotan sekali, kitaorang boleh lari, tapi Abang aku sampai lembik kena belasah.

Mak pun selalu jugak kena pukul ngan Abah,kadang-kadang tu sampai lebam-lebam.Abah memang panas baran orangnya.Mak terlalu banyak bersabar ngan Abah.Mak memang seorang ibu mitahli,pada akulah,tak pernah dengar mak meninggi suara ngan Abah,waktu Abah pukul mak,tak pernah dengar makmelawan atau menangis teresak-esak.Cuma aku nampak airmata mak jek mengalir.

Mak akulah sapu minyak kat birat-birat kitaorang,birat kat badan dan hati mak sapa yang rawat?itu semua menjadikan aku jadi benci pada Abah.Tapi mak selalu nasihat,satu hari nanti Abah mesti berubah.'Doa untuk Abah,Akak' mak selalu pesan bila aku mendirikan solat Ternyata doa kami tak sesia bila mak dapat adik aku yang kelima (jarak 7tahun ngan adik aku yg keempat) dan seterusnya,Abah dah slow,masih marah-marah tapi tak pukul lagi,kekadang jek,mungkin sebab dah tua atau tau yang kami tak suka sikap panas baran dia tu.

Tapi oleh kerana asuhan yang keras macam tu, menjadikan kami manusia
yang berguna dan ingat pada ibu bapa.
Abang sekarang ni dah berkeluarga dan memperolehi 4 org anak,dia seorang
yang baik dan ayah yang amat penyayang.

Aku pulak,masih single,pengalaman lalu membuat aku takut nak
berumahtangga,takut dapat suami macam Abah,tapi Alhamdulillah Aku dapat
kerja yang boleh tahan jugak dan mampu memiliki sebuah Wira 1.5 dan
mampu jugak setiap bulan memberi sedikit wang kepada mak.Abah tak nak
duit Aku, cukuplah bagi kat mak sorang jek,Abah pesan kat mak.

Adik aku menjadi Chef di salah seorang hotel 5bintang di Johor Bahru dan
telahpun memiliki sebuah rumah sendiri,Adik aku yang keempat pulak
menjadi seorang polis,mereliasikan impian mak aku, adik aku yang kelima
sekarang tahun akhir di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi dan yang
bongsu pulak baru Tingkatan 2.

Walau dulu aku terasa yang cara Abah terlalu zalim dan mendera,tapi
sekarang ini aku rasa berterima kasih pada Abah. 'Abah,you make us a
better Man and Woman' Selamat Hari Bapa Abah... .
Hasil dari ketegasan didikan Abah dan kelembutan belaian Mak, dua
kombinasi ini menjadikan kami,warisan yang tegas namun mampu
bertoleransi dalam mengendalikan apa jua keadaan. Tak mudah melatah dan
naik angin tak tentu pasal. Tapi itu sifat Abang dan adik-adik jek,aku
tak serupa mereka. Sedari kecil sifat aku memang berlainan,mungkin
kerana 11bulan dalam kandungan mak dan lahir dengan selaput seperti
kulit bawang membaluti aku dari pinggang hingga ke kaki.

Aku banyak mewarisi sifat-sifat Abah, panas baran,garang dan mudah naik
kaki tangan kalau amat marah. Namun begitu aku juga memiliki separuh
dari sifat Mak, pemaaf,mudah nangis,mudah mengalah,pandai memujuk tapi
aku tak tunjuk sifat itu semua kerana sifat Abah lebih menguasai diri
aku,mungkin kerana Aku tidak mahu orang menilai aku sebagai perempuan
yang lemah dan mudahdibuli.

Apabila umur aku telah menjangkau suku abad ini,sifat-sifat Abah yang
ada pada diri aku telah banyak telah aku kikis,terutamanya sifat panas
baran,garang dan mudah naik kaki tangan. Aku mahu menjadi seperti Mak,
lemah lembut,penyayang dan sentiasa tersenyum. Sepanjang penghidupan
kami jarang sekali aku lihat mak bermasam muka, walau payah sekalipun
mak akan sentiasa tersenyum,namun kekadang bila aku renung matanya ada
kesedihan di situ, tapi mak tak pernah tunjuk kat anak-anak,terutamanya
kat aku kerana mak tau aku ni pendendam,dan
paling teruk sekali mak juga tau, aku akan laksanakan dendam aku bukan
dengan cara kasar tapi dengan cara reverse psychology,aku mampu
menganalisa dan aku akan jadi pemangsa bukan lagi sebagai mangsa.
Tapi cerita dulu,kisah suku abad yang dulu,apabila melihat wajah mak
yang semakin dimamah ketuaan,namun masih berseri hasil dari wudhu' yang
tak pernah kering dan selawat yang tak pernah putus,dengan sendirinya
aku mendidik diri aku untuk menjadi seperti mak, supaya apabila Allah
ambil mak dari aku,... ...

Aku mampu mendidik dan menjaga adik-adik aku,teramat penting sekali
mereka hormat kepada aku dan menjadikan sebagai pelindung sebagaimana
mereka berlindung kepada mak,meletakkan segunung kepercayaan kepada aku
seperti aku menyerahkan nyawa aku pada mak. Garis-garis ketuaan mak
semakin hari semakin terserlah,sakit kakinya semakin menjadi-jadi,hampir
saban minggu aku menghantar dia pergi berurut,namun sakitnya terkadang
surut kekadang pasang. Kalau boleh aku nak bagi mak kaki aku,tapi apakan
daya. Kadang-kadang tu,jantung mak pun memberi masalah
kepadanya,pernafasan mak tersangkut-sangkut macam orang semput.Aku
selalu diundang rasa takut,takut kehilangan mak dalam waktu terdekat ni.
Aku tak mampu mengharunginyasendirian. Aku juga takut,tanpa mak kami
adik-beradik akan hidup berpecah dan membawa haluan masing-masing. Abah
pula dah semakin akrab dengan kami,sifat lamanya masih ada tapi telah
dibendung,terserlah kasih sayang Abah sekarang ni.

Namun begitu Abah masih tak mampu mengapai kasih sayang kami sebagaimana
kukuhnya kasih kami pada mak Suka melihat Abah melayan kerenah cucu-
cucunya ,dipeluk,dicium,bergurau dan menyuap cucunya makan. Mungkin Abah
mahu menebus ketegasan didikan masa lalunya kepada kami dengan
mencurahkan kemesraan pada cucu-cucunya. Kekadang mengalir air mata aku
melihat kemesraan Abah dengan cucu-cucunya, rasa cemburu campur rasa
terharu,mengapa aku tak dapat merasai itu semua dahulu.Mengapa Abah
tidak begitu dahulu.

"Abaaaahhhhhhh!" lantang jeritanku memanggil Abah, sambil memangku tubuh
Mak yang terkulai di pangkuan Aku. Takungan air mata aku pecah bercucuran.
"Abah, Mak jatuh,Mak tak bangun-bangun"
"Mak, bangun Mak. Jangan buat Akak macam ni Mak. Mak,Akak sayang Mak.
Mak bangun". Aku usap tubuh Mak lembut, Aku kejutkan Mak suruh Mak bangun.
Tapi Mak tak jugak bangun, Mak masih diam di pangkuan Aku. Nafas Mak
beralun lemah.

Wajah emak seperti orang tidur nyaman dan tersenyum. Waktu itu aku tahu
yang Mak dah tak ada,tapi aku tak mahu terima kenyataan in. Aku tetap
usap wajah Mak, aku lurut jari-jemari tangan Mak, Aku cium kaki Mak.
"Mak kalau Akak buat salah,Akak sakitkan hati Mak,Mak hukumlah Akak,tapi
jangan buat Akak macam ni. Mak bangun, Akak masih nak manja dengan Mak."
Tapi Mak tak bangun-bangun. Mak terus tidur selamanya.

Jiran tetangga datang dan Aku masih erat memeluk tubuh Mak, mereka
pisahkan Aku dari Mak, Aku meraung, Aku nak bersama dengan Mak tapi
mereka tetap menghalang Aku dari mendekati Mak. Mereka kata "redhakanlah
Mak pergi Akak, kalau Akak sayangkan Mak, pegi ambik air
sembahyang,bacakan yasin untuk Mak"

Aku bangun dan aku sempat mengerling ke arah Abah, sayunya wajah Abah.
Abah yang pada aku adalah seorang yang kuat, gagah dan perkasa, malah
tiada ada apa yang mampu mengoyahkan kekuatan dan kelelakian Abah, tapi
hari ini, tika dan saat ini Abah kelihatannya terlalu lemah, terlalu tua
dan terlalu hihimpit perasaan sebak. Kali pertama dalam sejarah
kehidupan Aku, aku melihat air mata Abah mengalir kontras. Serta
mertanya segala ketakutan dan kesakitan aku dulu terhadap Abah hilang,
diganti oleh rasa terharu dan amat sayang pada Abah.

Bukan setakat Abah, aku dan adik-adik sahaja di landa rasa
ketidakpercayaan atas kehilangan Mak, malah semua orang seolah tak
percaya. Mak tak sakit, Mak sihat dan pagi itu pula aku dan Mak masih
sempat berbual dan bergelak ketawa, malah kami merancang nak
bersiar-siar ke bandar JB sambil melawat Mak Long kat Hospital Tun
Aminah. Waktu itu pukul 10pagi, "aku kata mak cepatlah siap mak, pukul
11pagi kita nak bertolak" dan "mak kata nantilah kejap, pukul 10.30pagi
nanti mak mandilah siap-siap". Aku borak lagi dan sempat makan lagi
dengan mak, kemudian mak kata dia nak buang air besar dan sempat
bergurau lagi "perut kau nak buang air ke tidak", aku gelakkan mak. Mak
bangun dan aku bangun sama dengan mak untuk temankan Mak ke bilik air
sebab lutut dia lemah, aku takut dia terjatuh kalau aku tak paut dia.
Tiba-tiba mak rebah dan aku paut kuat tubuh mak sambil melaung memanggil
Abah. Waktu itu pukul 10.30 pagi.

Waktu mak pergi, Abang aku yang sulung ada kat JB, Abang aku yang kedua
ada kat Kota Tinggi, Adik aku yang keempat sedang bekerja di
Hotel(chef)JB, Adik aku yang kelima sedang bekerja di Perak(polis),Adik
aku yang keenam berada di IPTA Melaka dan yang bongsu sedang berada di
sekolah ko-kurikulum.

Hanya ada aku dan Abah di rumah. Abah pula waktu itu sedang mesin rumput
di laman rumah. Tinggal aku dengan Mak, dan aku adalah orang yang berada
di samping mak di saat-saat akhirnya.

Abang dan adik-adik aku semua meraung seolah-olah tak terima
kenyataan yang mak dah tak ada. Abah tak mampu berkata apa-apa, cuma
menyuruh kami ambil air sembahyang dan bacan yasin untuk mak. Aku cuba
menjadi seorang manusia yang kuat untuk hari itu, aku pujuk adik-adik
aku dan aku dapat membaca yasin 7kali di hadapan arwah mak sebelum
dibawa pergi.

Mak dikembumikan selepas Asar, dan alhamdulillah, majlis pengembumian
Mak berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan mulia sekali. Awalnya
sewaktu mak dimandikan dan aku turut memandikan mak, tubuh mak
lembut,tak berbau dan tiada najis. Sewaktu mak dikafankan, kain kafan
mak banyak lebih dan Abah jahitkannya menjadi "saprah" dan sedekahkan di
surau buat sejadah sembahyang.

Sewaktu dikebumi pula, cuma perlu 3 orang untuk mengangkat tubuh mak
masuk ke liang lahat. Mereka kata tubuh Mak amat ringan dan tanah buat
menambak kubur mak, terlalu banyak lebihannya. Semua orang memuji-muji
dan memperkatakan keajaiban pada hari itu.

Aku mengambil cuti satu minggu dan hari-hari itu aku habiskan dengan
setiap pagi membawa Abah dan adik-adik melawat mak dan membaca tahlil
dan yasin untuk mak. Sehingga hari ke 9,kuburan mak masih lagi basah
sedangkan tanah lebihan dari kuburan Mak sudah lama kering.

Dan Abah sejak hari itu telah benar-benar menjadi seorang Abah, dia
tidak lagi pemarah dan setiap masa dan ketika Abah akan bercerita
tentang mak pada aku, segala kebaikan mak dan kemuliaan sifat mak. Abah
kata mak benar-benar seorang isteri yang solehah. Selama mak masih ada
hayat, Abah tak pernah memuji mak, selalu marah mak adalah, tetapi
setelah kehilangan mak, barulah Abah berbicara segalanya kebaikan dan
kesolehan mak.

Segala wajah kegarangan yang ada pada muka Abah, telah diganti dengan
wajah sayu dan kasih sayang. Hari Rabu keenam balik semula ke IPTA
Melaka, aku dan Abah hantarnya ke bus station Larkin, sebelum adik
menaiki bas, Abah peluk dan cium dahi dia. Selama ni Abah tak pernah
cium kami hatta sekalipun. Begitu berubahnya Abah, Abah menjadi lembut
dan amat penyayang.

Dengan adik-adik aku yang lain dan aku pun begitu juga, sebelum kami
semua kembali ke bekerja, Abah akan peluk dan cium dahi kami. Kasih
sayang aku yang dulunya terlalu sedikit untuk Abah, namun sekarang ini
kasih aku terlalu melimpah untuk Abah walau ianya tak mampu menyamai
kasihku yang melimpah ruah untuk arwah mak. Tapi segalanya kemungkinan
apabila waktu mengizinkan.

Al-Fatihah untuk arwah Mak yang kembali rahmatullah pada 15hb Jun2002
jam 10.45pagi. Wassalam.

Pemergian Mak memberi tamparan yang amat hebat pada aku, kehidupan aku
waktu ini aku rasakan cukup hambar. Jika dulu, aku 'looking forward' ke
hari minggu untuk balik kampung jumpa mak.

Selalunya mak akan ajak aku jejalan naik kereta, yelah mak tak boleh
aktif sangat nanti lutut dia 'cramp', kalau jalan pun mak guna tongkat
dan aku akan paut dia.

Tapi kini, semua kenangan tu tak akan berulang lagi. Selama ini segala
apa yang aku lakukan, semuanya untuk mak. Aku belajar pepandai dan
menjadi seorang yang cukup sempurna, supaya dapat bagi kesenangan pada
mak, tapi mak hanya mampu mengecapi itu semua hanya seketika. Impian aku
untuk mak belum tercapai tapi mak dah pergi.

Apabila mak pergi, mak telah membawa keseluruh jiwa dan raga aku, ianya
seolah-olah turut mati bersama bersemadinya jasad mak. Aku memang amat
manja dengan mak, dulu mak zaman mudanya mak dan remajanya aku,mak akan
korekkan telinga aku,potongkan kuku aku dan urut badan aku kalau aku
kelihatannya letih.

Dan apabila tuanya mak dan dewasanya aku, aku pula akan ketipkan kuku
mak,urut kaki mak dan masak untuk mak jika aku pulang ke kampung. Tapi
selalunya mak akan masak untuk aku jika aku beritahunya aku akan pulang.
Bila sampai kat rumah jek, makanan telah terhidang untuk aku. Mak memang
seorang ibu yang amat-amat prihatin dan penyayang. Dan aku benar-benar
terasa kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan oleh
perkataan.
Airmata ini pula,terlalu murah sekarang ini,acapkali teringat
memori-memori pahit dan manis bersama mak,mudahnya air mata mengalir.
Jika dulu bila teringat kat mak, aku akan telefon dia dan bagitau "Mak,
Akak rindu kat Mak" dan mak akan ketawa "Macam budak kecik jek",.
Kemudian aku akan minta mak doakan aku supaya selamat dunia dan akhirat.

Kalau dulu ada orang buli aku atau selalu sakitkan hati kat ofis, aku
akan ngadu kat mak dan mak akan kata "biarlah Akak, biar dia buat
kiita,kita bersabar dan sembahyang jangan lupa, Allah tu amat memahami
dan pengasih".
Hati aku amat tenang mendengar jawapan dari mak, bukan sahaja kerana
jawapan dari mak tapi alunan suara mak yang mersik dan penuh kasih. Aku
akan telefon mak setiap hari, untuk tanya yang mak sihat atau tidak dan
melepaskan rindu, jika tak dengar suara mak satu hari aku akan jadi tak
tenteram. Kadang-kadang tu bila aku sibuk sesangat aku lupa nak telefon
mak dan mak pula yang telefon aku "Anak mak sihat?,nape tak telefon?",
sayu suara mak di hujung talian.

Tapi kini, aku kehilangan semua itu dengan sekelip mata, tiada lagi
gemersik suara mak dan deringan telefon dari mak untuk aku. Rasa macam
mimpi. Airmata ini tanpa segan-segan mengalir tak kira waktu dan tak
kira ketika. Abah adalah lelaki sejati, maksud aku lelaki sejati adalah
lelaki yang tak pernah ke dapur menolong mak masak dan tak pernah
menukar lampin kami adik beradik apatah lagibangun malam membancuh susu
untuk kami adik beradik.
Pada Abah itu semua kerja perempuan. Kerja Abah adalah mengerah tulang
empat kerat untuk rezeki keluarganya. Apabila mak balik kampung
B.Pahat,waktu nak melahirkan adik-adik aku. Abah akan makan di kedai.
Sehingga habis pantang barulah mak balik semula ke sisi Abah. Namun
untuk Abah menjenguk dapur sekadar memasak, gigit jarilah gamaknya.

Pagi Sabtu aku pulang ke kampung seperti biasa. Tiada lagi suara mak
yang menyambut salam aku, tapi suara Abah. Garau tapi sayu, aku capai
tangan Abah dan aku cium. Lesunya aku lihat Abah, mungkin masih 'trauma'
atas kepergian mak.

Hari ini, aku rasa amat terharu melihat Abah terkial-kial di dapur
sedang menyiang ikan, kemudian Abah memarut kelapa dan memotong bawang
dan lada. Selepas memotong bawang dan lada, aku lihat Abah termenung
merenung lada dan bawang yang berenang-renang kat dalam mangkuk berisi
air. Aku kerling dengan ekor mata aku melihat apa yang ditenung dek
Abah, Rupanya melihat-lihat resepi yang disalin kat secebis kertas.
Terbit kasihan di hati aku, Aku tanya Abah, nak masak apa. Nak masak
ikan lemak pedas rupanya. Abah segan nak tanya aku,betul ke resepi nih.

Aku kata kat Abah, tak pelah biar jek Akak buat, Abah duduk jelah.
Kemudian aku rendamkan lada dan kupaskan bawang bebanyak dan blend'kan
sekali untuk Abah, supaya lain kali dia tak perlu nak buat tu semua
apabila nak masak. Cuma perlu siang ikan dan tumis sahaja. Abah teliti c
ara aku masak satu persatu dan bertanya itu dan ini. Syahdu perasaan ini.

Petang itu aku kembali ke Johor, setiap detik perjalanan pulang aku, air
mata ini gugur disahut dengan hujan yang turun dengan lebatnya. Teringat
arwah Mak, terkenang dakapan lesu dari mak dan mengenang hari-hari yang
bakal aku lalui tanpa Mak. Sebelum berangkat aku sempat menziarah
'persemadian mak', ingin aku laungkan "Mak, Akak rindukan Mak, Mak
kembalilah" tapi kata-kata itu tak boleh aku laungkan kerana itu akan
menyeksa Mak. Itu bermakna aku tak redha dengan kepergian Mak. Aku redha
dengan qada' dan qadarNya, tapi aku memang masih rindu dan perlukan mak,
hari ini, esok dan selamanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...