Monday, July 28, 2008

Sepuluh Org Yang Diredhai Allah SWT

Sebagai renungan bersama.......

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan
> didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari
> kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44
> tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK
> dan TIDAKBERCAKAP.
>
> Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
> ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
>
> Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
> disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
> orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
> sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang
> memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu
> ialah debu KEIMANAN" "mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka
> melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap
> orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku
> dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
> orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam
> tubuh asal diwaktu mati.
>
> 1. Para Nabi
>
> 2 Para Ahli Jihad
>
> 3. Para Alim Ulama
>
> 4. Para Syuhada
>
> 5. Para Penghafal Al Quran
>
> 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
>
> 7. Tukang Azan
>
> 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
>
> 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
>
> 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
> dari kalangan orang yang beriman.
>
> Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
> saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
> dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
>
> " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
> berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
> dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
> buah buahan syurga.
>
> "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua"
> "anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa "
> dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
> penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
> banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
> mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
> sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
> bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
> kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
>
> * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
> bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
> mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
> mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
> Al-Baqarah : 237
>
>

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...