Friday, February 11, 2011

10:33AM..PASAL FACEBOOK..

Semalam 9/2/2011, sebuah rumah terbakar di Kpg Tanjung, seberang Sungai Sarawak. Rumah milik En  Bujang Taha bekas ahli bina badan negara yang pernah memegang Title Mr Asia dua kali.. Kecoh sikit kat Kuching masa tu.. Maklum jelah Kuching ni bukannya besar sangat. Satu cerita sensasi, seluruh bandaraya boleh tahu. Ini dinamakan social networking macam Facebook.
Thanks to the Owner
 Orang bergaduh , orang berkasih, orang bercinta, orang berskandal semuanya ada dalam Facebook.. SPRM pun pakai Facebook sekarang untuk jejak penerima rasuah. Jgn kata PM Datuk Seri Najib, Barack Obama Presiden Amerika, pun pakai facebook bagi update kerja dia pada rakyat. Tak lama lagi kita akan tengok Barack Obama jadi friend dengan Ahmadenijad Presiden Iran dalam Facebook.... Hebat sungguh Facebook ni.


Thanks to BivingReport
 Kalau dulu-dulu , nak jumpa kengkawan lama kena pergi kedai kopi, borak-borak sambil minum secawan kopi dan main dam Haji. Sekarang, nak jumpa kengkawan duduk depan PC boleh tengok wajah sekali. Pastu dapat jimat kopi dan susu pasal kena buat sendiri. Online Social Network dah jadi satu keperluan dalam kehidupan manusia zaman sekarang. Orang Malaysia adalah di antara pengguna majoriti rangkaian Facebook. Sebab tu Facebook bukak Kedai kat KL.. Sebelum ni org Malaysia suka Friendster tapi sekarang Friendster dah LESS POPULAR.. Facebook mendominasi pasaran social network di Malaysia. Apataknya, Main Game ada kat FB, Jual Barang boleh guna FB, Gossip-gossip pun guna FB. Ada yang sampai retak rumahtangga, cerai berai pasal FB ni.. Kuat betul pengaruh FB  tapi FB tak pakai apa-apa jampi pun.. FB cuma ada Seni pengaruh yang digunakan oleh si Mark Zuckerberg untuk pengaruhi pengguna Internet untuk menjadi ahli FB.Seperti tajuk buku kawan aku Syahrul Nizam Junaini, ILMU PENGARUH BUKAN JAMPI TAPI SENI.. Boleh beli beb.. Bagus buku tu...

Heran kan..?.. Betapa besarnya kesan FB di dalam kehidupan kita seharian. Bukan senang nak jadi kaya macam Zuckerberg. Kita boleh tengok dalam internet ada macam-macam Social Network ada. Daripada Linkd, Tagged, DIGG, YooHoo,WAYN dan lain-lain, FB jugak yang ko orang suka...  Dulu aku pun suka gak main FB ni Kadang-kadang sampai pagi main FB . Tpi bila ku duduk sorang-sorang, pikir-pikir, aku tanya pada diriku sendiri, apa yang FB sumbangkan padaku..? Nak kata tolong aku jual barang , aku bukan penjual. Kalau penjual pun FB tak pakai DropShip. So aku kena simpan stock plak kat rumah.. Nak tambah kawan..? Yesss...Itu yang sebaiknya... Nak tambah wang pendapatan..? Ermm aku rasa aku kena jadi penjual baru dapat duit.. Namun ramai pengguna internet yang dah berpindah ke FB nak tahu kenapa.? Pasal disebabkan ramai sangat yang suka FB ni, communication kat dalam tu jauh lebih mudah. Kalau nak bercinta  takkan nak "BERMESRA SECARA ONLINE" di tempat lain-lain. Kenalah sama di satu tempat kan kan.. Kalau tak begitu tak de kemesraan.. ..

Thanks to Blaugh.Com
So sekarang ni aku berpindah balik ke blog lama.  Kalau dulu aku punya blog namanya Friend Amigo sekarang dah tukar kepada TablePlate...MY Personal Diary.Kenapa? Pasal blog really can make money for me.. Tak caya? Dah ramai bloggers dah jadi kaya dengan blogging je. Tak jumpa lagi orang main FB jadi kaya. Sekarang aku masuk FB semata-mata nak drive traffic ke blog je sekarang...
 Apa-apapun setiap orang ada minat mereka yang tersendiri so masing-masing ada cara nak join social network yang dia orang suka.. Kalau jadi artis masuk Twitter. Kalau jadi orang kebiasaan masuk FRIENDSTER.. Kalau nak jadi terkenal masuk FACEBOOK... Tapi kalau nak kaya jadilah Blogger....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...