Thursday, February 10, 2011

10:49PM GREAT MOMENT.. KK WET MARKET & PASAR SENI

Ke Pasar Besar KK dan Pasar Kraftangan adalah merupakan di antara beberapa destinasi terakhir kita orang. Nih nak kasi tau ni.. Nak kasi confirm masa aku on the way the Pasar Besar ni le aku kena approach sorang mamat Filipino yang jualkan IPhone Made In China tu.. Tulah pasal dia asyik nak paksa aku beli.. Memang aku berminat pun dengan Iphone tu cuma masa tu aku nak bargain cikit.. Dia offer RM500 mana boleh beb.. Iphone tu bukan Ori... Tapi si mamat ni memang pandai ayat.. Siap bukak body Iphone semata-mata nak kasi prove yang Iphone yang dia jual tu ORIGINAL cuma kilang je terletak di China... Baik punya celok SI mamat ni.. Sapo punye idea yang dia cedok tu..?...

So aku cakap yang aku tak de duit... dah memang aku tak duit .nak buat macamana kan ..Dia tak percaya pasal masa tu aku bawak kamera CANON kesayangan.. Alahai ..Dia tak percaya? pulak dah?. Aku bagi dia tengok duit yang ada kat dalam dompet aku yang uzur ni.. cukup-cukup ada dalam RM150.... SO aku cakap memang tak de duit le bro nak beli you punya Iphone.. Tapi kalau jual murah boleh.. 
Wahh dia tanya balik " Berapa harga abang nak?" 
Aku jawab ler "RM100.00?".. Tergamam sekejap dia bro... 
Aku cakap lagi pada dia nak atau tak nak.. Kalau tak nak aku blahh... Selepas 30 jam runding punya runding akhirnya dia agreed jualkan padaku RM 100.00 je... Aku bagilah chance kat dia close satu deal...... Then aku blah ke Pasar Besar survey barang......


Syok jugak tempat ni. Teringat pada Pasar Ceko di Kuching. Dulunya tempat orang kampung berjual sayur dan ikan. Tempat arwah atuk aku jual daging SAPI (LEMBU) fresh... Tak de yang menarik sangat kat situ kecuali Harga.. Wow MURAHnye.. Mak mertua aku sapu bersih Ketam dan Udang untuk di Salai balik nanti. Aku pulak tunggu turn nak makan jelah.. Tu yang bab aku landing kat katil di Normah Medical SC tempoh hari pasal high cholestrol.. Mana taknye, aku sorang je makan ketam 5 ekor, udang jangan tanye lahhh...

Kat Pasar Seni KK pulak, aku bawak anak aku si Ellisha ni p jalan-jalan tengok kerongsang sebagai buah tangan / sourvenir untuk family and friends kat Kuching nanti. Memang Sabah terkenal dengan produk ni macam Kuching yang terkenal dengan Ikan Terubuk Masin dan Kek Lapis nya...Banyak juak  (JUGAK) aku borong SIOL... Petak kepala pakcik memikirkan duit tak cukup... Mintak nyawa mintak nyawa....Tak ingat yang duit yang ku tinggal hanyalah RM50 lepas beli Iphone dari mamat Filipino tadi..

Last-last bini aku yang belikan selebihnya kerongsang yang aku ndak tu.... Maklumlah family aku ni besor so nak bagi sorang satu ni maunya sampai 30 kerongsang kena beli.. Nasib baik ler.. aku tukar plan carikan yang murah kalau tak kering lagi poket ku ini...

Dalam perjalanan balik ke Apartment aku terserempak pulak dah dengan sorang lagi mamat jual Iphone. Yang ni mamat Indon... Dia siap tunjuk kat aku touch screen Iphone tu.. Aku cakap le kat dia aku baru je beli sebijik yang dia offer tu daripada mamat sekor tu (aku tunjuklah dia siapa mamat Filipino tu) ... 
Dia tanye berapa aku beli..Aku cakapler RM100.00.. 
Si mamat Indon ni pulak counter offer aku , "kalau abang nak beli satu lagi ini, saya kasi RM50.00.." Laaaa..... ni yang buat aku GERAM ni..... grrrrrrrrr....

So inilah catatan perjalanan yang mampu ku coretkan untuk kalian semua.. SEMOGA terhibur..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...