Thursday, February 10, 2011

11:15AM .. Great Moment...At Tanjung Aru Beach KK..

Ini photo yang kita orang ambik masa pergi Tanjung Aru Beach. Berlatar belakangkan bukit dan pulau. Memang cantik tempat ni. Memang patut ia menjadi lokasi pilihan untuk menempatkan hotel bertaraf 5 bintang, TANJUNG ARU BEACH RESORT. Masa kita orang datang kat sini, cuaca elok sekali. Mendung dan sedikit berawan so mudah lah sikit nak posing ambik gambar.


Inilah gambar kenang-kenangan yang dapat diabadikan buat tatapan kengkawan.. Bukan apa .. Nak bagi jeles je... kekekeke..Setakat kita kat situ tak jumpa pun sapa-sapa mandi laut kat kawasan ni. Heran gak pasal biasanya kalau dah ada pantai cantik sebegini sure ada orang pergi enjoy kat pantai.. Kalau takpun dia orang memancing.. Mungkin orang Sabah dah biasa dah dengan kecantikan alam semulajadi yang ada kat negeri dia orang kot... Orang -orang Sabah pun ramai yang cantik.. Maklum jela berjiran dengan Filipina dan Indonesia.. Kalau berjiran dengan Sri Lanka or India maybe kureng cikit kot....

Korang bayangkan tiga adik ipar aku ni , ABOL, ALEL dan EMAN kesemuanya POLIS dan kesemuanya kawin orag Sabah. Tak ke BIJAK tu..? Silap-silap 2 ekor kerbau kena ditumbangkan masa perkahwinan nanti. Tak lama lagi si ABOL akan berkahwin dengan gadis Sabah MAYMEI.. Tu dalam proses . Si Eman pulak dan confirm dengan orang Tawau... Alel maybe on the way cari orang Labuan kot..


Aku sendiripun tak nak lepaskan peluang untuk kedirkan diri ke majlis kahwin tu nanti. Ops sebelum tu, aku ambik gambar dulu kat Tanjugn Aru ni.. Bukan senang nak datang lagi ke sini , betul tak.?.. Cuma kalau ada umur panjang dan murah rezeki insyallah kita orag datang lagi ke sini.. Kena bawak duit banyak-banyak...
 Anak perempuan kesayangan ku pun tidak melepaskan peluang berposing kat sini. Memang dia tahu punya betapa susahnya papanya nak bawak dia ke KK ni. Ikat perut 6 bulan kumpul duit nak datang ke KK ni.. Wakduh sampai begitu sekali ya pak... Poning poning....

Ni pulak gambar ABOL bersama bakal isterinya MAYMEI.. Hope for the best... Jangan lupa kumpul duit banyak-banyak nanti tak cukup.. Susah wooo... Mana nak cekau duit nak kasi tumbang 50 ekor ..................................................................................................................................................................... ..............................................................AYAM....

2 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam tuan blog,
Harap kunjungan balas ini dapat mengeratkan silaturahim di dalam alam maya.. salam perkenalan bro.. =)

yours
SH

REMYLAN said...

Salam Bro Shahrul,

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya... Best of luck to you. Salam persaudaraan daripada saya.

FADZLAN HITCH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...