Monday, February 14, 2011

12:17PM.. INGAT LAGI PADA BENJAMIN S...

Benjamin S..? Ingat lagi tak.? Kalau ko orang sama seusia dengan aku mesti ko orang ingat punya. Pelakon lawak Indonesia ni yang dulunya pernah memikat ramai peminat. Banyak filem lakonan yang memberi kesan kepada kehidupan kita pada hari ini.. Mungkin korang heran kenapa aku buat artikel ni untuk dia padahal ada ramai lagi pelakon yang jauh lebih hebat daripada dia. Kalau ko orang nak tahu, inilah di antara pelawak kegemaranku masaku kecik dulu...So ku share sikit dengan ko sume kenapa aku suka tengok filem Bang Ben ni..

Benjamin S aka Bang Ben ni di antara pelawak yang popular di Indonesia. Masa aku kecik dulu aku suka filem beliau berjudul "Tiga Jango". Filem ni filem koboi. Bukan kat Amerika je ada koboi  dek oiiii.. Kat Indon pun ada koboi. Bang Ben adalah koboi Indon yang terkenal. Filem Bang Ben, Koboi Ngongsi pun aku pernah tengok. Lawak beb...


Masa tu yang ada hanyalah TV1 dan TV2. TV3 tak sampai Sarawak lagi so layan TV pun kalau  cerita tak best memang masuk tido awal.  Masa dulupun mana ada cerit yang best macam hari  ni. Kalau tayang filem best sekalipun, dalam seminggu itulah filem yang sama di tayangkan berulang kali.  Kalau aku tak layan cerita kat TV tu aku layang cerita Karton je...

Kalau korang tengok wajah Bang Ben ni, kalau dia kurus sedikit ada iras-iras ROSYAM NOR. ROSYAM NOR VERSI INDON..Banyaj jugak filem beliau meletop di Indonesia pada masa tu. Aku tangkap layan je. Mana tau bab BOX OFFICE ni. Tengok wayang pun kena kumpul duit beb.. Even harga tiket pada masa tu hanyalh RM4 , Abah aku kumpul 2 bulan untuk tengok filem kat panggung CATHAY di depan Brooke DOCKYARD, PASAR LAMA KUCHING. Duduk kerusi alas papan je Dik..

Aku tak pernah tengok filem Bang Ben di Panggung cuma masa tu Abah aku peminat Jamal Abdillah so kita orang pergi tengok filem dia "AZURA" .. Filem pertama aku tengok kat panggung.. Jauh bezanya dulu dan sekarang. Kalau dulu-dulu aku senang melayan filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Bang Ben , sekarang Denzel Washington dan WIll SMITH.. FIlem Orang Putih beb... Filem Melayu? Ada gak layan cikit-cikit..
Mungkin generasi sekarang tak berapa kenal dengan Bang Ben. Jadi aku sertakan sedikit video filem beliau KOBOI NGUNGSI yang aku ambik dari YOUTube untuk kenangan di sini.


Semoga Terhibur.......

1 comment:

epic said...

Time kecik-kecik dulu bapak saya minat dengan Benjamin S ni..so,kami sekeluarga pun layan dekat rumah la.time tu masih guna VCR..sewa mingguan..skang mana ada sewa-sewa lagi coz DVD berlambak,murah2 lg..dulu sekeping V.Cassatte kalu hilang ganti 100 ringgit oo sekeping..saya paling ingat movie dia pasal sepatu butut tu..tajuk dah tak ingat lg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...