Monday, February 14, 2011

2.07PM... NAK MAKAN INDOMEE...TAPI TERSILAP MI...

Time makan mi...Anak aku ni memang suka makan mi Indomee.. Mee Goreng Segera Indonesia. Setiap bulan kalau tak beli 3 bungkus besar Indomee memang tak lengkap dapur rumah kita orang. Wife aku biasanya masak mi ni dalam 3 ke 4 bungkus.. Aku pun nak jugak..Mi ni memang sedap.. Perencahnya yang berperisa tinggi cukup menyelerakan.


Kita orang makan mi ni pagi semalam.. Lapar sangat pagi tu.. Yelah kita orang dah tak makan malam dah.. Last makan jam 630 petang. Jaga budget dan jaga makan. DIET Beb... Maklum jelah.. Kan u all dah tahu pasal kes aku masuk wad hospital Normah Medical SC tahun lepas pasal high cholesterol punya hal.. Ni yang kena check benda -benda yang dimakan. Especially kandungan makanan yang kita makan dan keesahan HALAL..

AKU dan anak aku bukan main layan lagi mi goreng INDOMEE ni. Sedap dan menyelerakan. Tiba - tiba aku terpandang bungkus mi yang wife aku buat tadi.. Alamak.. KAPUASMI not INDOMEE... Mati-mati aku pikirkan INDOMEE tadi. Sama tapi tak serupa. Bungkus lain. Mi goreng jugak tapi dibuat di Indonesia, di daerah Tengerang. Ada LoGo HALAL.. Tapi Macam main cetak je LoGo HALAL tu. Tak sama seperti logo HALAL keluaran JAKIM or mana-mana logo Halal yang pernah aku tengok. Logo HALAL kat bungkus mi macam tulis je.. Kena check ni.. 
 
You all pernah dengar tak brand mi segera ni.? Ni ler 1st time aku jumpa mi ni dan aku dah makan pun.. Kalau cari pakai google aku tak jumpa info pasal mi ni. Tak tahu plak kalau dapat jumpa guna Search Engine yang lain.  
Kalau dilihatkan pada kandungan dan nasihat pemakanan macam tak ada masalah  kalau nak makan lagi.. Tengah lapar ni. Tapi aku stop makan sekejap pasal nak study mi goreng ni. LOGO Halal confirm aku tak pasti pasal aku bukan dalam bidang pensijilan HALAL HARAM ni.. Bab ni aku kasi JAKIM dan MAIS yang uruskan.
 Yang aku nak check ni pasal content dan juga nasihat pemakanan mi segera ni. Mak oii banyak nyer kandungan kimia yang ada di dalam perencah mi goreng ni. Untuk buat mi je, terdapat dua bahan kimia yang menarik minat aku iaitu pewarna makanan (tartrazine C1 19140) dan juga antioksidan (TBHQ = Tertiary Butylhydro Quinone). Aku pergi browse kat internet aku jumpa kat dalam WIKIPEDIA. US FDA dan juga Lembaga Keselamatan Makanan Eropah menyatakan TBHQ adalah selamat beb ... sekiranya penggunaannya dibawah tahap yang dibenarkan. Sekiranya penggunaan berlebihan maka CONSUMER akan terdedah kepada ancaman penyakit tumor perut dan meningkatkan tahap karsinogenity (Bab saintfik ni aku tak tahu, sori).. 
Yang menjadi masalahnya sekarang ialah pengguna tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai berapa banyakkah kandungan TBHQ di dalam mi tersebut pasal kalau you all perasan, pengeluar mi segera ni hanya tunjukkan maklumat pemakanan je padahal kuantiti bahan kimia yang digunakan di dalam pembuatan mi tersebut juga perlu diketahui.. Ini sesuatu yang bahaya sekiranya kita sebagai pengguna tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Tartarzine CI19140 pulak merupakan bahan pewarna... Sebab tu korang boleh tengok mi cantik je warna kuningnya pasal benda ni ler. Information yang aku dapat ni amat penting untuk makluman korang..Apa-apa makanan yang mengandungi tartazine ni tidak digalakkan dimakan untuk mereka yang berpenyakit seperti asma dan alahan aspirin. Kena ingat ni. bukan takleh makan cuma kena kurangkan...
Kalau terlalu banyak diambil beoleh akibatkan serangan asma, blind vision, kegatalan, tanda-tanda biru di kulit, susah bernafas dan kurang selesa tidur. Kalau kes yang teruk boleh kena tumor thyroid...(semua info ni aku dapat dari internet beb. I am not a food expert!!!).
Fuhhh.. bila aku tau bab ni, aku terus bagitau wife aku supaya tidak lagi membeli mi segera ni lagi di masa akan datang. Bukan kerana kandungan kimianya tapi lebih kepada keraguan ke atas status HALAL nya..

 





 
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...