Sunday, February 13, 2011

3:37PM.. HAAAA ADUHHH...

Anak aku si Ellisha ni memang BIJAK. Tak dapat bukak pili air, dia ambik air suam dalam Warmer. Alahai... Nak marah susah jugak... Selambe dekk je dia ambik air dari warmer tu. Aku pun tak halang pasal aku anggap tindakan tersebut sebahagian daripada proses pembelajaran anak. Budak-budak ni, dia orang punya tahap ingin tahu cukup tinggi. Kalau tak kacau benda-benda yang ada kat dapur tu memang TAK SAH. Cuma kalau dia kacau benda yang berbahaya macam pisau je aku akan tegah. Yang lain aku okey as long aku ada kat situ .. No HARM..

Sebenarnya dia nak ambik air tu buat main je.. Masukkan air tu dalam bekas mainan pasir. Pastu tuang kat lantai dapur.. Eeeeeee... Patutpun  wife aku bagi lock kat Warmer tu. Rupa-rupanya anak ku sorang ni dah pandai tekan picu air tuuu... Wakduh..

As long as dia tak tekan picu air panas, everything will be ok. Inilah kebiasaan tingakah laku budak-budak. Macam -macam idea yang dia boleh fikir untuk dibuat hari-hari. Kita pun macam tu jugak . Bezanya ialah zaman kita orang dulu tak de benda-benda canggih macam yang ada pada hari ini.. Sungguh mudah .. Zaman dulu , semua nya manual, nak basuh kain pakai manual. Kalau hari panas. orang kaya je yang mampu pasang air cond. Yang tak mampu pakai kipas angin bilah besi. Sejuk jugak  berbanding kipas zaman sekarang yang pakai bila plastik. Angin je.. sejuk langsung tak de...

Untung orang zaman sekarang.. Semua benda dah ada. Orang dulu susah. Kereta pun susah nak beli. Sekarang hantar anak ke sekolah naik kereta. Aku dulu pergi sekolah jalan kaki kalau duit tambang bas tak ada.. Namun kerana nak tuntut ilmu, aku sanggup tak makan di sekolah kerana aku tahu ILMU itu adalah PENYELESAI KEPADA SEMUA MASALAH..  Pesan aku pada korang semua especially yang masih belajar. Belajarlah sehingga yang termampu kerana hanya dengan adanya pelajaran yang baik, ilmu pengetahuan yang baik menjamin kesejahteraan hidup di dunia.. AKU..?.. Masih terkenang tindakan aku yang terpaksa menolak pelawaan sambung belajar ke UNIVERSITY OF PORTSMOUTH, UK kerana keluarga tak MAMPU..
Namun aku bersyukur kerana aku tahu setiap perjalanan hidup ini ada HIKMAH yang ALLAH berikan untuk UMATnya....AMIN...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...