Wednesday, February 16, 2011

3:45PM...SARAWAK REGATTA PART 1

Sukan yang tak asing lagi di Sarawak ialah Sarawak Regatta.. Sukan Air dan Lumba Perahu. Bab ni aku bukan expert tapi aku nak share dengan korang perihal Team kita orang yang bernama Jang.. Kalau deejay radio Sarawak cakap Jang O Jang masa Sarawak Regatta maka ia merujuk kepada pasukan lumba perahu kita orang. Berbekalkan dua pasukan perahu lumba, team kita orang ni memang dah cukup terkenal dengan kehebatan pendayungnya.. Semua hebat -hebat belaka. Sampaikan nama Jang ni sinonim sangat dengan kita orang padahal Jang ni actually hanyalah satu perkataan yang digunakan untuk memanggil seseorang selain dengan namanya. Sebagai contoh ayat, "tengah buat ape tu bro....ia boleh digantikan dengan "tengah buat ape tu jang?'.. panggilan untuk lelaki sahaja .. Kalau kaum Hawa takkan nak panggil Jang ... Tersangatttlah janggal nye...
Team Jang ni berlumba atas dasar tajaan. Pada tahun 2009, team Jang ditaja oleh Murphy Oil (Sarawak) Ltd., sebuah syarikat O&G di Bintulu, Sarawak. Masa tu tak menang keseluruhan pasal Mahkota Raja Sungai kekal dipegang oleh pasukan Landas (Land & Survey Department). Pada tahun 2010 pulak diorang jugak yang pegang, kita dapat no.2 je bagi kategori Raja Sungai tapi jika dibandingkan dengan faktor siapa paling banyak menang of course kita orang paling banyak gondol trofi...

Setiap kali datangnya Sarawak Regatta, akan ada bermacam -macam pasukan yang akan masuk. Untuk pengelolaan Sarawak Regatta ni bukannya senang. Banyak pihak terlibat pasal ia sukan rakyat. mas tu tu aku tak banyak kerja. Jadi penyokong je. Pakai baju Kuning Hitam. Ramai jugak penyokong kita orang masa tu. Maklum jelah status CONTENDER ni. 3 hari berturut2 aku duduk kat Waterfront jadi penyokong dan juga jika ada kesempatan ambik gambar. Memang dah minat aku kat situ.Macam-macam gelagat manusia dapat dilihat masa tu even our team members pun begitu. Excitement kadang-kadang boleh jadi pergaduhan mulut...Macam biasa.. adat bertanding ada kalah ada menang. Kalau asyik menang saje pasti akan mengundang ketidapuasan hati. Pasal setiap kali menang ada imbuhan dalam bentuk tunai selain trofi kemenangan. Itulah yang jadi rebutan erti kata sebenarnya..
Bukan senang nak berkayuh laju ni. Kawalan kemudi kena baik kalau tersasar jauh alamatnya APONG (Ketinggalan Jauh).Kalau terlalu jauh, nampak APONG BURUK (maksudnya terlalu lambat dalam bahasa Sarawak). Perahu No 6 dan 14 ni ler bekalan pasukan kita orang masa Sarawak Regatta tahun lepas. Perahu Bidar ni direka khas oleh Pereka kapal yang dibawa khas dari Kpg Semarang bagi membantu meningkatkan bouyancy dan mengurangkan geseran air. 

Banyak jugak kita menagn piala pada musim 2010. Duit kemenangan pun banyak jugak. Kira balik pokok ler..Beginilah keadaan di Sungai Sarawak setiap kali perlumbaan Raja Sungai berakhir. Penuh dengan bot-bot laju dan yang tak laju pun join sekaki....(Bersambung di Part 2)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...