Thursday, February 17, 2011

6:43PM AKSI -AKSI DI SARAWAK REGATTA PT. 2

                                                                                     
Sambungan dari Pt. 1,
Pada tahun 2010 juga kita orang represent dua VIP. Satu bot no 6 untuk Datuk Amar James Jemut Masing manakala No 14 pula untuk YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Di raja Selangor. Kedua-duanya menang di tempat pertama dan kedua. Mestilah sebagai seorang Menteri Sarawak yang dihormati, sperti dijangka Perahu DA James muncul di tempat kedua manakalan Perahu YAM Tengku pula jadi Juara... Inilah yang dinamakan Semangat Kebangsaan. Walaupun Sarawak tidak mempunyai Raja, kesudian rakyat menghormati keluarga diraja jelas ditunjukkan oleh para pemimpin negeri.

 
YAM Tengku juga diperkenankan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Kategori yang lain sementara menunggu majlis penyampaian hadiah untuk beliau oleh DA James.



Inilah sebahagian daripada kenangan semasa YAM Tengku berada di Kuching bagi menghadiri Sarawak Regatta 2010 yang penuh dengan kemeriahan dan debaran...
Penyampaian Trofi juara Kategori Bidar 20 VIP kepada YAM Tengku oleh DA James sambil diperhatikan oleh BOSS besar selaku penerima hadiah bagi pihak DA James di tempat kedua.
 

Namun kemeriahan tidak terhenti di situ sahaja........bersambung ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...