Sunday, February 13, 2011

8:30PM .. MY CHILD'S PLAY..

Melihat anakku  ketawa keriangan sungguh menenangkan jiwaku.. Apataknyer, tekanan dipejabat dapat dikurangkan bila tengok anak-anak berlari keriangan seloah-olah tiada masalah di dalam kehidupan mereka. Masalah? Semua orang ada masalah beb. Tapi bila berdepan dengan kerenah anak-anak, masalah bukan lagi satu masalah. Ia sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita...Melihat telatah anak-anak bermain mengingtkan aku pada zaman seusia mereka. Tanpa mengetahui yang mak dan abah aku bersusah payah mencari rezeki untuk dibawa pulang ke rumah.
Mak aku cari duit dengan menjahit. Mak aku memang pakar menjahit. Di masa aku kecik, mak aku banyak kumpul wang hasil menjahit. Abah aku kerja askar sebelum bersara muda dan meneruskan pekerjaan di MAS, Kuching. Dengan gaji yang tak seberapa, kami sekeluarga masih mampu untuk makan dan minum. Kalau sesak di tengah bulan, makan nasik berlaukkan kicap.. eeee kicap lagi... ish ish ish.... 

Namun kepayahan tidak pernah melemahkan semangat mak dan abah aku untuk menyekolahkan aku sehingga ke Menara Gading. Terima kasih Mak, terima kasih Abah..

Kini, giliran aku pulak untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak aku. Memastikan mereka terus hidup di dalam suasana yang senang. Memastikan mereka tidak lagi bergelumang di dalam kesusahan. Syukur Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, rezeki yang ALLAH SWT berikan kepada kami sekeluarga mencukupi untuk penerusan kehidupan. Melihat mereka riang bermain, sihat tubuh badan sudah cukup menyenangkan hati..


Masa aku kecik, Abah selalu belikan mainan untuk aku so sekarang aku pulak suka belikan mainan kepada anak-anak aku. Aku mendidik mereka dengan mainan kerana aku percaya touching and feeling dapat meningkatkan daya kreativiti mereka seperti mana yang telah berlaku kepada diriku sendiri. Kebolehan berfikir dan menganalisa sesuatu keadaan dan suasana tanpa menyusahkan orang lain walaupun diri sendiri terseksa.. Namun penghasilannya amat lumayan sekali. Berkat penggunaan daya pemikiran yang kreatif dan imaginatif ditamabah dengan minat , aku berupaya menguasai beberapa cabang ilmu pengetahuan.. Cuma
ILMU KEBAL, ILMU HILANG, ILMU BATIN aku tak tuntut .. Bahaya untuk kapal-kapal kecil.. Nanti hilang pedoman di tengah lautan kalau tak dapat nak handle..heheheheh..


Kalau dulu, aku hanya tahu bidang kejuruteraan, sekarang aku berjaya mendalami bidang pengurusan. Semuanya atas penat lelah mendalami ilmu. Sama ada menerusi pembacaan bahan-bahan ilmiah atapun mempelajarinya daripada mereka yang lebih berpengalaman.







Aku berharap agar ilmu yang ada ini dapat dimanfaatkan untuk mengajar orang lain pada satu hari nanti. Dan juga untuk ku wariskan kepada anak-anak aku yang comel lote ni.. TIADA HARTA YANG KEKAL SELAMANYA SELAIN ILMU YANG PENUH DI DADA....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...