Wednesday, February 16, 2011

8:43PM... DAMAI BEACH RETREAT IN CONTRAST....Pt 2

Gambar yang kat atas ni, gambar anak sulong aku Ellisha. Seronok dia main kat swimming pool kat Damai Puri. Pool ni pun untuk budak-budak so airnya tak dalam. Ada air pancut plak tu. Bab berenang kat dalam kolam renang ni anak ku memang suka. Pasal masa dia berumur 1.5 tahun, aku dah belikan satu swimming pool angin untuk dia belajar berenang dan untuk biasakan dirinya dengan air. Tu, baju swimming dia tu, wife aku yang belikan pasal nak ajar dia berenang. Masa kat resort, dia control habis kolam renang tu.. Ada budak sebaya dengan dia masih takut lagi nak terjah ke kolam.. Dia selambe dek ja masuk kolam terus berenang.

Masa tu pulak, wife aku baru je lahirkan anak pompuan, Rania. So dia tak dapat join ler program sehari kita orang tu. So aku enjoy dengan Ellisha je. Sebelum menjenguk ke pantai tengok kengkawan buat program permainan yang sudah pun diator bersama pengurusan hotel.

Sampai je kita orang kat pantai, member-member dah start main dah. 1st game yang dia orang main is main tarik anak pakai guni. Siapa sampai dulu dia menang. Oleh kerana this is family retreat so pertandingan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Aku yang lewat samapi tak ada team dah pasal kalau aku masuk, then satu team akan kurang sorang and nanti team sebelah akan cakap " UNFAIR GAME". Jadi aku dan anak aku masuk satu game je.. Jadi PENONTON!!



Semasa jadi penonton tu, aku gunakan kesempatan yang ada untuk tangkap gambar aksi dia orang main game tu. Ada yang jadi pengadil . ada yang jadi tukang sorak, ada jugak yang jadi provocateur . Biasalah dalam games sebegini kecik... kenak ada sekumpulan kecik yang jadi ..HOOLIGANS.

Tengok tu, bukan main busy lagi para pengadil mengatorkan rancangan dia orang. Pengadil pun BIAS.. Yang bawak Heller tu, Suriati jadi Pengadil utama pertandingan dan dia jugak yang jadi penyokong team yang satu lagi, iaitu Team B. Yang pakai baju putih dan bawak beg tu nama nya Supiah, Penolong pengadil dan juga peserta Team A... Ini stail punya pengadil adaker..? Tapi yang penting samada Team A or Team B, actually kedua team sama je bagi aku. Pasal aku sendiri pun tak tahu yang mana satu Team A dan yang mana satu Team B. Pakaian tak seragam tulah pasal....


Seronok jugak tengok dia orang main game pantai tu. Lama dah organise Family Retreat macam ni. Bukan senang nak buat dan bukan senang nak kumpulkan semua geng and member. Syukur alhamdulillah, program pada hari tu berjalan lancar. Cuaca pun elok dan suasana pun menyenangkan. Yang tak bestnya, kita orang semua tak tahu samada kenangan ni akan kembali berulang di masa akan datang atau tidak.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...