Saturday, February 26, 2011

9.04PM... KENANGAN SEMASA RAYA 2010

Raya tahun 2010 niler pertama kali kita orang buat open house semenjak masuk rumah sendiri. Dulu masa kita orang duduk rumah sewa, berkira-kira nak buat majlis open house ni. Pasal perkakas tak cukuplah, suasana tak meriah lah, feel tak da pasal menyewa.  Banyak fikirlah kalau nak dipendekkan cerita...Kalau bab open house  ni aku dah plan lama dah.. Kerana dah lama aku tak buat sebarang jemputan ke rumah kita orang untuk makan-makan. Kalau setakat celebrate birthday anak aku adaler tapi tak semeriah Raya 2010.. Seronok dapat tengok sedara mara, rakan taulan, sahabat handai menjamu selera dirumah yang baru kami diami selama 4 bulan....



Kalau aku tak silap, open house kali antara paling ramai ahli keluarga yang hadir. Samada yang jauh mahupun yang dekat. Tambahan pula kita orang baru dapat baby baru, Rania so terasa sangat kelainan di  hari raya kali ini. 


Aku dah jemput semua kengkawan untuk datang open house kita orang. Majlis start seawal jam 1245pm sampailah ke 1200 tgh malam.. Letihhhh bebbb. Tapi seronok pasal semua orang dapat makan secukupnya, semua orang yang aku expect datang hampir kesemua yang datang. Aku sendiri tak sempat nak makan SOTO mak aku pasal guest cakap SEDAP sampai dua round makan....Family sebelah wife aku ramai gak yang datang sementelah menanti esok hari bagi menghadiri satu lagi open house di rumah Dato Hj Len Talif.

 Seperti biasa aku gunakan masa yang ada untuk ambik gambar mereka yang datang. Dapat jugak aku ambik gambar kandid selain gamabr posing dia orang. .. Actually aku baru je balik dari Kota Samarahan ada kerja cikit so malam ni aku tak de mood sangat nak coretkan apa yang aku nak tuliskan kat sini. Cuma aku nak share dengan korang moments masa open house kita orang tahun lepas. Tak menjadi masalah kalau korang benarkan aku berehat malam no k geng.. Letih sangat beb.... So layan je lah gambar2 ni k.... Nite Nite...







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...