Wednesday, February 9, 2011

9.28AM.. GREAT MOMENTS... AN EVENING IN SABAH

Salam 1Malaysia,
Balik je dari makan-makan kat Telipok, kita orang singgah sekejap kat pantai Tanjung Sipat di Likas (kalau tak silap).Suasana kat pantai tu memang menarik cuma tak ramai yang singgah. Maybe diaorang dah muak kot.. Bangunan Yayasan Sabah pun nampak jelas. So kita orang gunakan bangunan Yayasan Sabah sebagai background of our photos.. Kalau u all guna google earth you all dapat tengok bangunan tu kat maner. Tapi tak pe.. I dah carikan untuk tatapan u all.. 
 
Haaaa ni die... Siap sekali tunjuk kita kat mana dan Yayasan Sabah kat mana. Inilah bangunan yang dulunya yang tertinggi di KK dan yang paling dikenali. Sapa-sapa yang pergi KK tak melawat Yayasan Sabah rugi oooooo kawan...... Macam I...kuang kuang kuang...
Memang cantik pantai kat KK ni..Kebetulan masa tu time nak sunset.. Sempat jugak tangkap gambar dengan anak-anak dan isteri...
Kat pantai tu jugak ada pusat makanan laut.. ermm sedappppp... mulanya tak nak dah nak makan seafood ni tapi maklum jelah .. bukan selalu .. Lagipun bukan senang nak plan pergi KK ni kalau saja-saja nak makan angin. Setakat nak pergi on business trip memang selalulah dulu.. Sekarang susah sikit pasal Bank Negara tak benarkan nanti tak sampai hujung bulan... Susu anak lagi lampin dia orang lagi...Silap-silap makan dedak kang... heheheheh..Maklumlah Gabenor Bank Negara ni pompuan susah sikit dek no....



Memang syok lepak kat situ... Anak I sampai tak ingat nak balik ..Bukan senang nak pergi pantai nih. Duduk kat Kuching mana ada pantai kat belakang rumah.. Pantai sungai adelerr. confirm ada BOYAK. punye. (Buaya in Sarawak Language). 

Selain menikmati permandangan yang cukup indah dan permai ..(aik bermadah pulak dah..!!) dapat jugak lepaskan keletihan pasai  hari tu kita orang dah jalan-jalan seawal jam 9pg.. Mana tak letih bebb... Ni badan ni sengal sana sengal sini... .Kalau tak biasa memang LEPUT ( bahasa Sarawak ni  maksud die = KELETIHAN)...Nak pi Pasar Malam lagi pada hari yang sama.. Sukar nak ku gambarkan bagaimana padatnye program kita orang.. Ni bukan vacation ni .. Ini dinamakan vac-orientation....Nak cari Tukang Urat rata MADE in CHINA ni yang maleh pakcik nak bercakop...kalau Made in Thailand takpe... Nangnak Sawaddddikappppp.....

Ni ada jugak gambar best -best bagi u all tengok.. Nak cakap cantik sangat tak jugak tapi Sodappp di tengok....... Pas ni I nak tunjuk time kita orang kat tempat lain pulak......in the next chapter..



Dah senja dah ni... Jom kita balikkkkk... Laporrrrr...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...