Thursday, February 17, 2011

930PM... SARAWAK REGATTA PT 3

Sambungan dari Part 2:
Tan Sri George Chan pun ada sekali hadir di Sarawak Regatta di hari penutup. Beliau bersama -sama dengan Tun Salahuddin , TYT Sarawak bersama-sama memeriahkan suasana pada hari penutup sukan rakyat tu.

Ini merupakan sebahagian daripada trofi kemenangan yang dimenangi oleh pasukan JANG pada hari tersebut. Walaupun bukan juara bagi keteogri yang dipertandingkan, kita tetap kekal sebagai antara CONTENDER terhebat bagi kategori tersebut. Lagipun kalau bolot habis macam kes pasukan Ferrari dalam F1 sampai tak bagi chance pada team lain tak best gak .. betul tak..? Ada jugak kita orang plan untuk bagi peluang pada team lain untuk menang... kalau tak tahun depan tak orang nak masuk bertanding.. lagi susah.. tak de lah kemeriahan yang diharapkan.


Seronok tengok semua orang gembira bila mereka juga turut naik ke podium untuk ambik trofi. Datuk Chanpun senyum je.. Actually sukan ni merapatkan ikatan perpaduan rakyat negeri Sarawak. Tak kira apa bangsa, mereka bersama-sam meraikannya. Semangat 1Malaysia memang sudah lama sebati dengan masyarakat peribumi Sarawak. Malah tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa Program 1Malaysia ini asalnya dari Sarawak dan bukannya datang dari Israel...


Senyum je TYT bila aku ambik gambar dia bersama dengan wakil pasukan kita orang ambik trofi daripada beliau. Masih hensem TYT Sarawak ni....

Beberapa photoshot  yang aku ambik dan masukkan di sini untuk tatapan you all... Pas ni aku nak go Part 4  pulak.. Tiba masanya untuk CANDID CAMERA....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...