Thursday, August 14, 2014

FACEBOOK AKAN DITUTUP SECARA RASMI PENGHUJUNG BULAN OGOS 2014


Desas desus laman Facebook bakal ditutup untuk pengguna di Malaysia berikutan peningkatan anasir anasir berunsur hasutan yang dipaparkan di laman tersebut. Kementerian Penerangan dijangka akan membuat keputusan sama ada mahu  menutup ataupun menggunakan pendekatan yang lain bagi mencegah perkara perkara sensitif di permainkan di laman sosial.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, Kementerian menerima lebih 2000 aduan berkenaan dengan salahguna laman Facebook oleh segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab yang memainkan sentimen berunsur hasutan yang bertujuan untuk melahirkan perasaan perkauman, perselisihan agama dan sebagainya.

Namun , penulis berpendapat bahawa tindakan menutup laman sosial bukanlah penyelesaian terbaik bagi membendung masalah ini. Ini adalah kerana laman sosial hanya menyediakan ruangan untuk pengguna menaikkan status ataupun apa juga maklumat yang berkaitan untuk dikongsi bersama sama teman teman, rakan perniagaan dan juga bagi merapatkan perhubungan kekeluargaan. Apa yang dimuatnaik oleh pengguna adalah tanggungjawab pengguna dan bukannya laman sosial. Oleh yang demikian pengguna harus bertanggungjawab di dalam apa juga bentuk media yang dimuat naik ke laman sosial.

Menutup Facebook mungkin akan menyebabkan pengguna tidak lagi dapat menggunakan lama tersebut dalam konteks Malaysia dan mungkin akan beralih kepada laman Twitter. Persoalan akan timbul adalah adakah laman twitter turut akan menerima nasib yang sama seperti Facebook jika pengguna turut memuatnaik perkara yang serupa? Adakah Kerajaan mahu menutup keseluruhan laman sosial yang ada termasuk blog blog yang berbau hasutan? Adakah tindakan ini menemui penyelesaiannnya?... 

Berdasarkan tinjauan di laman facebook itu sendiri, terdapat Fanpage seperti One World Hates Malaysia memaparkan status yang menghina negara dan mengherdik adat dan budaya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.


Apakah tindakan ke atas pemilik fanpaga ini wajar dibawa ke muka keadilan tanpa perlu menutup laman Facebook?.

Sebenarnya kita kehilangan sesuatu yang penting di dalam kawalan ke atas anasir anasir sebegini. Undang undang yang cukup kuat untuk menanganinya iaitu AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI atau ISA dipinda dan dikecilkan kuasanya atas dasar SURVIVAL POLITIK dan demi menjaga hati sesetengah pihak yang akhirnya menggunakan kelemahan di pihak Kerajaan untuk memainkan isu isu sensitif. 

Jika Kerajaan tidak mengambil langkah langkah yang perlu bagi menangani perkara ini dari terus berlaku, besar kemungkinan Kerajaan akan kehilangan kuasa untuk mengawal aktiviti aktiviti sebegini di masa hadapan kerana kekuatan untuk mempertahankan kebebasan yang ada akan digunakan oleh parti pembangkang untuk meraih sokongan.

Parti pemerintah akan terus dilemahkan jika tidak mengambil risiko mempertahankan kedaulatan negara berbanding takut untuk kalah di pilihanraya. Jika tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini, maka cadangan untuk mengaktifkan semula ISA adalah satu jalan yang cukup baik demi kesejahteraan bangsa dan negara...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...