Showing posts with label KUCHING. Show all posts
Showing posts with label KUCHING. Show all posts

Saturday, August 18, 2018

CERITA HARI SABTU: PEKENA MI TARIK SUP TAMAN TRINORA..

Hujung minggu memang timing cantik untuk cari selera kat mana mana di kawasan Kuching, Baru baru ini ada benda baru yang boleh dicuba untuk dirasa. Apakata kali ini kita pekena MI TARIK KUCHING pulak? Biasanya MI TARIK ini memang CUKUP dikenali di Kuala Lumpur dan menjadi tumpuan para penggemar mi. Biasanya pembuat Mi Tarik ni adalah peniaga berbangsa Tiong Hua. Mereka memang pakar bab buat mi. Orang kata dah jadi darah daging mereka kalau cerita pasal Mi Tarik ni.

Sunday, August 12, 2018

SELINGAN: MAGICAL BORNEO744


Semalam sempat singgah di Borneo744 kepunyaan Malaysia Global and Innovation and Creativity Centre (MAGiC) di Bintawa, Kuching. Sunyi sepi... tak ramai orang.. Mungkin disebabkan ianya hanya meriah ketika adanya acara dibuat. Namun tempat ini memang bagus untuk menjalankan apa apa jua aktiviti terutama sekali yang berkaitan dengan anak muda. Program program anak muda perlu dibuat disini untuk memastikan tempat ini sentiasa dikunjungi orang ramai..

Segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan begitu baik sekali tapi sayangnya penggunaannya tidak di optimumkan bagi membolehkan hasrat penyediaannya menepati objectif. Dengan kedudukannya yang agak terpelosok dari pandangan umum, aku sendiri hanya pertama kali datang ke sini setelah beberapa tahun ianya beroperasi.Walaupun ramai mengetahui kewujudannya tapi tidak ramai yang tahu apakah kemudahan kemudahan yang boleh disewa dan diguna di sini.. 

Jadi jika ada yang berminat mahu menganjurkan apa apa acara bolehlah ke Borneo744. Di sini di kongsikan beberapa foto yang diambil semalam di Borneo744.

Sunday, July 22, 2018

SELAMAT HARI SARAWAK: TOK NAN DALAM KENANGAN


SELAMAT HARI SARAWAK buat semua warga Sarawak. 22 Julai setiap tahun adalah tarikh di mana Negeri Sarawak buat pertama kalinya mendapat pemerintahan sendiri daripada British pada tahun 1963. Sejarah hari ini tidak terdapat dalam mana mana sukatan pelajaran untuk subjek SEJARAH. Apa yang kita tahu hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957 dan pembentukan MALAYSIA pada 16hb September 1963. Ini saja yang kita tahu..
Namun insan istimewa bernama Tan Sri Adenan Satem (Allahyarham) membawa kita semua kembali mengingati sejarah Negeri kita, Sarawak. Kita mulai kenal sejarah negeri kita , hak kita dalam Perjanjian Malaysia. Kita mula mengenali saudara saudara kita yang berlainan bangsa dan agama. Kita tidak lagi dipanggil LAIN LAIN malah kitak semua kini mula menerima bahawa tidak mengira apa bangsa kita, rumpun bangsa kita hanyalah satu yakni BUMIPUTRA.

Kita semakin mendekati ke arah satu bangsa yang bersatu di zaman beliau sehingga Bandaraya Kuching digelar City of Unity. Kita berbangga dengan gelaran itu kerana kita sudah biasa duduk bersama minum bersama mandi bersama hidup segalanya bersama. Allahyarham TOK NAN berjuang untuk kita semua dan bagi mengenang jasa para pejuang Sarawak terdahulu maka 22hb Julai di isytiharkan sebagai Hari Sarawak....

Friday, July 20, 2018

WARUNG NASI KUNING: RASA SEDAP TAPI....

Beberapa hari yang lepas semapt berkunjung ke sebuah kedai namanya Warung Nasi Kuning yang terletak di Jalan Tun Jugah, Kuching. Terlewat makan tengahari, perut lapar belasah je mana mana tempat yang di rasakan berdekatan dengan tempat kerja kita orang... Janji HALAL..

Jadi kita nak cuba makan kat kedai ni dengan geng geng. 


Kami mencuba Nasi Kuning Ayam Rendang Set berharga RM8.00 bersama minuman ringan. Yang bestnya , hidangan siap tak sampai 15 minit.  TAPI....>>>>>>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...