Showing posts with label Lembu. Show all posts
Showing posts with label Lembu. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

11:55PM....LAWATAN KE LADANG LEMBU

Inilah wajah-wajah kita orang masa pergi buat lawatan ke ladang lembu milik Wilson rakan kepada Awang Jefri. Terletak di Kota Samarahan, kita orang ambik masa dalam 1 jam untuk sampai ke sana. Agak letih jugak tapi bila sampai je , terasa hilang keletihan pasal dah lama dah kita orang tak buat program masuk ladang ni. ..

Lagipun si AJ yang buat plan, kita orang follow je...Seronok gak dapat dentgok ladang ni kerana dah lama dah tak merasai suasana kampung..  Kat ladang ni , Wilson bela kambing, lembu, ayam dan itik.. 

Masa kita orang pergi ari tu, sempat jugka tengok seekor mak lembu lahirkan anak lembu. Bukan main ganas sang lembu betina tu demi melindungi anak yang baru dilahirkan.. Hampir - hampir lagi kita kena kejar dek sang lembu betina. Kita orang spent setengah hari untuk jalan-jalan dalam ladang, tengok kandang lembu dan juga proses buat baja menggunakan tahi lembu. Wilson cakap baja ni dia supply ke Borneo Height selain dijual secara terbuka... So kita orang tengoklah mesin proses baja dia kat bangsal terletak tak jauh dari kandang lembu milik beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...