Showing posts with label Regatta. Show all posts
Showing posts with label Regatta. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

4.09PM ..SARAWAK REGATTA .. SKETSA

Ini ada satru cerita .. Cerita orang zaman MENSIA (dulu-dulu dalam Bahasa Sarawak). Kalau berpesta jangan lupa mereka yang berseloka.. Kerana berseloka membuat orang ketawa. Ketawa menghilangkan kecewa.. Untuk mereka yang KALAH. Kalau yang MENANG, seloka menambahkan keriangan.

Di sepanjang  3 hari Sarawak Regatta, bermacam-macam aksi dan reaksi mereka yang terlibat di dalam pertandingan kali ini.. Riak kecewa, gembira, kelesuan, keletihan terpancar di wajah-wajah pengurus pasukan, pengayuh, pemilik pasukan serta penyokong.


Di sepanjang kejohanan yang bermula dari Petang Jumaat, 30 hb Julai 2010, lebih daripada 50 acara telah dipertandingkan dengan memperlihatkan penyertaan ramai pasukan yang kuat termasuk pasukan LANDAS milik Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak. Pasukan kita orang JANG memang dikenali ramai sebagai pesaing terhebat. Namun kadang-kadang , nasib lebih menyebelahi pasukan LANDAS.

Inilah aksi - aksi ahli pasukan serta penyokong pasukan kita orang. Berpakaian kuning hitam, mereka sentiasa memberikan sokongan yang tidak terhingga kepada pasukan JANG walaupun adakalanya berlebihan. Biasalah Over Emotional...Nak Menang saje dia orang ni.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...