Peminat Filem Franchise "Transformers" pasti sudah tidak sabar menunggu tayang filem terbaru Paramount Picture ini "BUMBLEBEE THE MOVIE". Filem ini bakal di tayangkan pada hari Krismas tahun ini.. Selepas beberapa tahun Kumpulan Megatron dan Decepticon tidak muncul di panggun wayang, kali ini filemnya sedikit berbeza dengan kemunculan Bumblebee sebagai sebuah kereta Volkswagen Beetle.
Seperti biasa di dalam mana mana filem, kalau ada berkaitan dengan jenama kenderaan pastinya syarikat jenama kenderaan itu akan menjadi antara penaja kepada kenderaan yang digunakan di dalam filem tersebut. Ini adalah teknik MARKETING STRATEGY yang biasa bagi membolehkan Syarikat VW mempromosikan kenderaan keluaran mereka.
Sinopsis filem ini seperti sudah boleh dibaca dan mudah kerana ianya lebih kepada hiburan dan adventure.
Tak ada misi yang perlu dicapai di penghujung cerita tak ada watak yang boleh dijadikan sandaran untuk dihubungkan dengan filem filem terdahulu, Filem ini secara umumnya adalah baru secara kesuluruhan dan jalan ceritanya berkisar tentang BUMBLEBEE...
Pengarah filem Michael Bay nampaknya sudah bersedia dengan hasil kerja terbaru ini yang menampilkan ahli gusti terkenal John Cena sebagai Agen Burns salah satu watak utama di dalam filem tersebut manakala HAILEE STEINFELD sebagai Charlie Watson menjadi tonggak utama.