Monday, August 6, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 6: MENASIHATI VS MEMARAHI



Hi bertemu kembali pada cerita seterusnya.. Kali ini aku nak kongsi sedikit berkenaan dengan al kisah Budak Safety yang selalu maki hamun pekerja yang langgar Safety Rules di tapak. Sebut je nama SHO atapun SSS , ramai pekerja akan berfkir dalam kepala mereka yang dua Budak Safety ni pengacau kerja mereka. Buat mereka rimas masa bekerja. Ini tak boleh itu tak boleh. Ada je benda yang tak ngam di mata mereka.

Dan paling mereka tak suka pada budak Safety ni adalah mereka ni suka marah maki hamun pekerja. Sampai bila jumpa je SHO ataupun SSS semua pekerja bersembunyi dan ada yang lari kerana tahu ada kesalahan mereka buat, ada peraturan safety mereka langgar. Senario ini memang biasa di mana mana tapak bina. Dan disebabkan oleh ketegasan Budak Safety kat site, ramai pekerja rasa tidak puas hati. Ada juga yang tak nak langsung bagi kerjasama dengan Budak Safety. BAB yang ini ada isu yang perlu kita lihat..

Kadang kadang kita sebagai Budak Safety terpaksa memarahi mereka yang langgar Safety Rules ni. Bukannya apa, nak elakkan mereka daripada terlibat dalam sebarang kemalangan yang boleh memberikan kesan kepada kehidupan mereka. Kalau kat tapak bina, tiada yang perfect. Yang perfect hanyalah keinginan untuk melihat tapak bina yang kita jaga menjadi contoh yang baik kepada tapak bina yang lain. Ini penting kerana bagi kita itu satu pencapaian terbaik. Namun tidak semudah itu kerana untuk mencapat sasaran itu, kerjasama semua pihak kena ada terutama sekali para pekerja. Dan apabila kita menetapkan sasaran tersebut maka kita terpaksa bekerja lebih untuk pastikan objektif tercapai.

Sunday, August 5, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 7: CABARAN UTAMA BUKAN MANUSIA TAPI....


Bukan senang nak deal dengan manusia ni. Apa saja yang anda buat anda pasti akan berjumpa makhluk bernama MANUSIA baik di tempat kerja mahupun di mana mana. Manusia ni ragam mereka ada macam macam. Kalau manusia ni satu saja ragam nya senang kita nak berurusan tapi malangnya manusia tidak begitu.

Dalam dunia safety pun macam tu. Ada jenis manusia yang mudah ditegur, ada yang marah apabila ditegur dan ada pula yang mudah ditegur tapi tak ikut apa yang telah ditegur. Macam macam perangai manusia kan.. Jadi sebagai Budak Safety, aku banyak mencerap perangai manusia. Dah 24 tahun dah dalam industri pembinaan ni. Dah macam macam orang dah aku jumpa. Jadi tak heran kalau ada terjumpa perangai sebijik macam superhero.. Ya superhero... nak tahu kenapa?....

Friday, August 3, 2018

MOT.her: Lambaian Baju Kurung Kedah Dengan Diskaun Istimewa

Kepada peminat baju Kurung Kedah, MOT.her kini sedang membawakan produk yang sinonim dengan Negeri Jelapang Padi ke Bumi Sarawak. Tak payah pegi jauh jauh. Dah ada di Kuching dah. Dibawakan khas oleh pengedar jenama MOT.her kini anda yang duduk di Sarawak sudah boleh melihat sendiri baju kurung Kedah ini di Facebook Mot.Her.

Terdapat pelbagai variasi warna dan rekaan, MOT.her menjanjikan kepuasan pembelian dengan harga yang berpatutan bermula serendah RM89. Dan jika anda berada di luar kawasan Kuching pihak MOT.her akan memberikan kos penghantaran percuma ke alamat anda. Hasil kerjasama pihak MealoversMembawang, pihak Mot.Her telah mengadakan JUALAN ISTIMEWA menjelang Hari Raya Aidil Adha akan bakal menjelang nanti.

Jika anda membaca blog ini , anda layak menikmati POTONGAN HARGA ISTIMEWA dengan menggunakan KOD KUPON  yang diberikan. 

ROGER FEDERER DITANGKAP PIHAK UNIQLO


 
Bagi para peminat sukan tennis pasti mengenali pemain tennis professional terkemuka ini. Roger Federer merupakan antara pemain tennis paling dikenali di dunia dan menduduki ranking tertinggi dalam senarai pemain terbaik dunia.. Namun popularitinya tinggi itu telah menyebabkan pihak UNIQLO membuat penajaan pakaian sukan kepadanya. DAN KINI Set 5 keping pakaian sukan tennis Roger Federer kini boleh di beli secara online di laman web UNIQLO

Selain daripada itu  ada banyak lagi barangan UNIQLO yangn menarik dengan harga berpatutan. Bagi yang malas nak ke gedung UNIQLO boleh sahaja download APPS UNIQLO ke dalam telefon bimibt anda dan beoleh terrus membeli belah secara online. Dengan harga berpatutan disertakan dengan kos penghantaran PERCUMA untuk pembelian bernila RM150 ke atas, rasanya merupakan TAWARAN ISTIMEWA yang cukup menarik.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...