Tuesday, February 14, 2017

SUSAH SENANG SEBAGAI SHO

Ermmm... lama dah tidak menulis blog. Kesibukan kerja ditambah pula dgn tugasan  sebagai Pegawai Keselamatan  dan Kesihatan di tapak bina memang mencabar iman...

Bukan mudah untuk mendidik pekerja  untuk menjaga keselamatan  diri sendiri  dan orang lain. Bukan mudah untuk memantau setiap daripada mereka. Sebab itu keselamatan  ditempat kerja  adalah tanggungjawab setiap orang.

Ramai tidak tahu tentang ini. Mereka fikir kalau ada SHO di tapak bina cukuplah. Itu tugas dia orang padahal kemalangan tidak dapat di banteras semata mata adanya SHO di tapak.

Kita masih lagi di takuk lama dari segi ini. Harap harap wujud kesedaran di masa akan datang....

Saturday, August 16, 2014

ISIS: PANJI PANJI HITAM DARI KHURASAN...??????





Nabi SAW pernah bersabda:

"Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi." 
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah olah hati mereka adalah kepingan kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah detang kpeada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."

Kemunculan Gerakan Islam Sunni , Islamic State of Iraq and Levint (ISIL) di Timur Tengah sambil membawa panji panji hitam seolah olah mencadangkan kepada seluruh umat Islam dunia bahawa mereka lah gerakan yang di sebut oleh Rasulullah saw di dalam sabdan Bagindan.

Namun tindak tanduk Gerakan ini tidak mencerminkan kemuliaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Membunuh orang yang tidak berdosa adalah satu tindakan yang berlawanan dengan ajaran Islam. ISIL yang di ketuai oleh Abu Bakr Al Baghdadi dikatakan bekas perisik MOssad dan CIA. Bagaimana seorang yang menjadi penentang kepada Islam diangkat menjadi Khilafah kepada Panji panji Hitam ini.

IA menggambarkan betapa penelitian yang dilakukan oleh Yahudi ke atas Al Quran cuba untuk dipercepatkan oleh mereka. Mereka mencipta Panji panji Hitam ini dan mereka mencipta khalifah baru ini seperti yang ditunggu oleh umat Islam. Bahkan mereka menganggap umat Islam adalah umat yang lemah dan tidak pandai menilai. Dan kemunculan ISIL jufga bukan dari Khurasan iaitu wilayah yang terdiri daripada Afghanistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Tajikistan (merujuk kepada peta lama Timur Tengah).

Tindakan membunuh penganut Kristian pula adalah langkah dan cubaan Yahudi untuk menukar takdir yang telah ditetapkan kepada mereka oleh Allah swt yang mana diakhir zaman penyatuan umat Islam -Kristian akan memerangi dna mengalahkan puak Yahudi laknatullah ini. Jika propaganda Kristian dan Islam dapat dilaksanakan maka penyatuan tersebut akan dapat dielakkan. 

Yahudi lupa bahawa ketentuan yang telah ditetapkan kepada mereka pasti akan berlaku jua tidak kira berlama ia akan menunggu. Panji panji Hitam dari Khurasan yang asli pasti akan muncul dan khalifah yang sebenarnya juga akan turut muncul tanpa satu manusia pun mampu mengelak daripada ianya terjadi.

Sabda Rasulullah saw:

"Sesungguhnya di tengah tengah panji panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk". Maksudnya adalah Imam Al Mahdi.

Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al Hakim


P/S: ISIL adalah gerakan Yahudi, Jika benar mereka adalah panji panji Hitam yang sebutkan, mereka sepatutnya menuju ke Palestin dan bukannya Iraq....





Friday, August 15, 2014

KURSUS JENAZAH TAMAN INDAH BANDAR BARU SAMARIANG 1/3/2014

Pada 1hb Mac 2014, saya menyertai Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Surau Taman Indah. Ingin sekali mahu mengingatkan diri sendiri akan hadirnya saat kematian di setiap makhluk kerdil bernama manusia.

Betapa kecilnya diri kita di hadapan Illahi di saat ajal menemui kita. Kita tidak mampu berbuat apa apa lagi. Kursus ini menyediakan saya untuk menjadi seorang yang berpengetahuan di dalam hal hal mengurus jenazah sekiranya ada jiran jiran tetangga yang meninggal dunia. Di sini saya kongsikan bersama anda semua, aktiviti aktiviti pengurusan jenazah yang dijalankan pada hari itu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...