Saturday, July 28, 2018

AKU BUDAK SAFETY: Part 1 - Senang Ke Nak Jadi Budak Safety


Semua kerja tidak mudah. Kalau nak kerja senang baik duduk rumah tonton tv. Tengok drama swasta yang entah apa apa jalan ceritanya. Aku masuk dunia safety ni pun bukan sebarangan masuk. Kalau tak cukup ilmu di dada memang payah nak handle kerja kerja di tapak. Bukan senang nak bagitau pekerja tentang kepentingan safety ni. Bayangkan kalau kau kena handle pekerja yang jauh lebi senior yang kepala diorang ni keras macam batu. Hari ini ko tegur, esok dia buat lagi. Hari ko bagi dia PPE esok dia lupa bawak ke site. 

Kalau kerja safety ni semudah ABC ramai dah masuk bidang ni. Tapi ramai yang masuk kerana nak gaji besar je. Kerja ntah apa apa. Safety ni kerja dia selamatkan orang daripada kemalangan ataupun kematian. Bukan senang nak ajar orang supaya ikut SAFETY RULES. Letak Papantanda cantik cantik kat depat pintu masuk pun diorang masih buta tak tengok macam tapak bina ni nenek moyang diorang punya.
Jangan hairan ada budak budak safety pening kepala buat kerja, stress sampai tak tidur kerana sikap pekerja yang mementingkan diri sendiri tanpa mengihiraukan arahan dan amaran budak safety. Oh ya aku lebih suka guna perkata budak safety bagi rujuk mereka yang mengamalkan dan yang promote SAFETY AND HEALTH at SITE kenara bagi aku ia lebih santai. Kalo guna SHO SSS sahaja sedangkan ada lagi pengamal keselamatan yang lain yang bukan SHO ataupun SSS  nampak macam tidak adil.

Ya benar, kerja safety ni kena tahan jiwa, Kalau jiwa tak kacau dan tidak sabar memang payah. Bukannya apa. Bagi orang kerja site, budak safety ni macam pengacau kerja diorang. Kalo boleh tak nak nampak muka budak safety kat site. Mereka lupa bahawa  dengan adanya budak safety sekurang kurangnya mereka tidak lalai dan cuai dalam melakukan kerja mereka. Mereka lupa bahawa ada anak bini yang menanti mereka di rumah. Si isteri menanti seorang suami balik membawa juadah. Si anak menunggu si ayah untuk dibawa bermain di laman rumah. Jadi kerja safety ni kerja yang suci. Mereka yang ambil tugas jadi budak safety kena tahu bahawa hidup ini tidak semestinya berkisar tentang diri sendiri.

Ada masanya berkisar tentang diri orang lain yang kita diamanahkan untuk memberikan nasihat dan teguran. Walaupun kadang kadang teguran berkali kali akan menjadi budak safety macam aku ni dibenci sampai tak nak tengok muka dalam site, namun suatu hari nanti, mereka yang pernah dinasihati akan merasa bersyukur kerana di saat mereka balik ke rumah menjamu selera bersama keluarga, masih dapat menatap wajah wajah anak dan isteri di hadapan mata.

Jadi kalau ada sesiapa kata kerja jadi BUDAK SAFETY ni best, bagitau mereka kerja ni langsung tak best kerana KALAU BEST pasti tak ramai nak buat kerja ni...

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...