Monday, July 16, 2018

KEDEY KAMEK : JANGAN KATA ADMIN TAK PAYUNG


Kedey Kamek ini bermaksud KEDAI KAMI or KEDAI SAYA.. Dengar dengar dimiliki oleh orang Miri, Sarawak. Pertama kali berkunjung ke Kedey Kamek yang terletak di Metrocity Matang. Nak cub sendiri makanan yang ada di Kedei Kamek. 

Maklum sahaja hasil maklumat yang dikongsi oleh netizen dan juga Local Guide, rata rata memberikan 3 ke 4 bintang kepada Kedey Kamek..Berdasarkan kepada pencarian di Internet, Kedey Kamek mendapat maklum balas yang baik daripada mereka yang pernah mengunjunginya..

Amira Jamadi salah seorang yang pernah mengunjungi Kedey Kamek memberikan 5 bintang dan turut berkongsi pengalaman beliau di Kedey Kamek. Beliau sempat berkongsi beberapa foto menarik di laman beliau yang sempat dikongsikan semula di sini.....>>>>>>

Sunday, July 15, 2018

TUN M PENING BACA SURAT DONALD TRUMP




Jangan kata Tun Mahathir, sesiapa sahaja membaca surat Presiden Amerika Syarikat ini pastinya tersenyum kambing. Apa taknya Surat Donald Trump (klik untuk berita penuh) bertarikh 24 Mei 2018 yang ditujukan kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong Un  (klik untuk laporan lanjut) berkenaan pembatalan perjumpaan yang bakal di adakan di Singapura pada 12 June 2018 berikutan pengajuran Singapore Summit 2018 mengundang para pengguna sosial media melakukan semakan tatabahasa dalam surat beliau ini yang dikongsi CNN (klik untuk laporan lanjut)

Ada yang memberikan markah "F" kepada surat beliau. Agensi berita Daily Mail UK (klik untuk laporan penuh) memaparkan semakan surat tersebut termasuk komen tentang kesalahan tatabahasa dan fakta.. lihat sahaja bagaimana surat Trump di semak ini....>>>>

Saturday, July 14, 2018

ZAIK NAIK VS DR RAMASAMY: SIAPA KALAH BALIK INDIA



Saranan Dr. Maza agar satu debat terbuka di adakan di antara pendakwah Islam terkenal Dr. Zakir Naik dan  Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy adalah satu langkah bijak bagi membetulkan persepsi orang bukan Islam yang melabelkan orang Islam sebagai pengganas.


Di bawah tajuk "Who is the real terrorist?", Dr Maza berpendapat “Jika benar pemimpin DAP (Ramasamy) tersebut mementingkan kebebasan bersuara, nilai intelektual dan hak rakyat menilai kebenaran, mereka wajar menyahut cadangan ini. 

Jika enggan,...maka menurut Dr Maza nyata isu ini hanya sikap permusuhan antara mereka dan umat Islam semata,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya ,sebentar tadi.