BLACKBERRY, jenama yang dahulunya cukup terkenal di kalangan mereka yang mementingkan prestij dan kecanggihan teknologi. Suatu ketika BLACKBERRY menerajui sistem telekomunikasi mengatasi jenama jenama lain seperti SAMSUNG dan IPHONE. Setelah menyepi beberapa lama BLACKBERRY kembali memasuki pasaran dengan rekaan rekaan yang lebih ranggi dan menarik...
APA YANG MENARIK TENTANG VERSI BARU BLACKBERRY INI?.
APA YANG MENARIK TENTANG VERSI BARU BLACKBERRY INI?.
Versi terbaru BLACKBERY KEY 2 kini sudah berada di pasaran semenjak awal July dengan menampilkan spesifikasi yang menawan dengan teknologi yang dipertingkatkan. Berdasarkan kepada info awal yang diperolehi dari laman sesawang www.pocket-lint.com Blackberry Key2 mempunyai spesifikasi seperti berikut:
DISPLAY: 3:2 LCD IPS Panel, dengan resolution 1080x1620 bersaiz 4.5 inci.
HARDWARE: Snapdragon 660 Processor , 6GB RAM dilengkapi dengan pengstoran 64 GB atau 128GB dikuasakan dengan 3500mH Bateri keupayaan Quick Charge 3.0
KAMERA: Dilengkapi Kamera depan belakang 12MP , PDAF, 2X Optical Zoom , Potrait Mode
SOFTWARE: Menggunakan Processor Android 8.1 Oreo DTEK Security App dan mempunyai sistem SECURE LOCKER untuk fail / apps/perlayaran internet
DARI segi HARGA pula, kena tanya tauke kedai handphone, lain kedai lain harga yang ditawarkan. Namun Harga Pasaran UK adalah sebanyak GBP579 iaitu sebanyak RM3999.00. Kalau tak pun boleh lawati laman sesawang ini https://iprice.my/blackberry/ untuk maklumat lanjut.
Jadi samada berbaloi atau tidak, bergantung kepada kehendak dan selera pembeli. Bagi yang merasakan harga nya terlampau mahal sudah pasti akan memilih Iphone yang lebih popular. Namun di sebabkan golongan yang menggunakan BLACKBERRY ini biasanya mereka yang mementingkan GAYA dan PRESTIJ yang tersendiri, maka tiada yang menghairankan jika anda terjumpa sekumpulan LELAKI TAMPAN dan GADIS CANTIK yang menggunakan BLACKBERRY sesama mereka tanpa mempedulikan orang lain...
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.