Friday, July 20, 2018

MARI TONTON FILEM "FALLOUT" SAMBIL MENDERMA


Bagi mengutip sumbangan, pihak Persatuan SLE Kuching Chapter akan menganjurkan satu Tayangan Perdana Filem "FALLOUT" lakonan Tom Cruise do MBO The Spring, Kuching. Tiket Wayang berharga RM 20 untuk tempat duduk standard manakala RM40 untuk tempat duduk pasangan di tawarkan untuk program amal ini.

Kepada mereka yang tidak mengenali Persatuan SLE Malaysia dinyatakan serba ringkas latar belakang persatuan itu. Persatuan SLE Malaysia ini ....>>>>



.......ditubuhkan pada tahun 1994  dengan kerjasama para doktor dan pesakit bagi membantu para pesakit yang menghidap Systemic Lupus Erythematosus atapun dikenali sebagai SLE atau biasanya dipanggil LUPUS.  Aktiviti PSLE ini  dibiayai menerusi hasil sumbangan badan badan korporat dan juga individu individu yang sudi menderma bagi membantu pihak PSLE meneruskan usaha murni mereka menyalurkan bantuan dan memberikan sokongan sosial dan psikologikal  kepada para pesakit selain daripada mengkaji, mengumpul serta berkongsi maklumat kepada orang ramai berkenaan dengan penyakit itu. 

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Program Tayangan Perdana ini, bolehlah menghubungi Saudara Zainol Ariffin di talian 0112 681 2093...

Admin amat menyokong usaha murni ini dan berharap segala aktiviti sebegini mendapat sokongan yang padu daripada orang ramai. Sambil menonton kita menderma...


No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...