Kadang kadang aku hairan kenapa semua orang kat site cakap Budak Safety kena fit untuk kerja di tapak kerana ia memerlukan kecergasan yang tinggi. Bagi aku semua kena cergas bukan setakat Budak Safety sahaja. Cuma aku amat bersetuju dengan pendapat mereka yang berkata demikian apabila melihat keadaan seorang Budak Safety masa aku bekerja sebagai SUPERINTENDENT di sebuah syarikat pengurusan penyelenggaraan. Kencing Manis, Darah Tinggi dan Gout. Setiap pagi selepas buat Safety Toolbox, dia akan duduk depan PC dan buat laporan HSE untuk di kemaskini. Dalam tengah buat kerja di awal pagi tu dia boleh tetiba terlelap pasal ambik pil Kencing Manis. Kesian aku tengok keadaannya. Dia kerja sebagai Budak Safety di tempat aku tu.
Rakan aku ni dapat pakej 3 dalam 1.
Rakan aku ni dapat pakej 3 dalam 1.
Nak dijadikan cerita, suatu hari terjumpa dengannya di rumah ambik cuti 3 hari tak dapat turun kerja kerana kaki bengkak pasal Gout teruk. Apa yang berlaku kepada rakan SHO aku ni buat aku jadi takut. Jadi aku mula kawal pemakanan. Kalau dah banyak makan daging sepanjang bulan , bulan depan aku skip makan daging. Cari ayam ke , ikan ke... sampai macam tu punya kawal makan...
Lama dah tak jumpa rakan ku ni. Dengar dengar dia
dah di Labuan, Dulu pernah bekerja di Kuching, Sarawak tapi langsung tak pernah jumpa. Biasalah kan masa tu aku pun bukan Budak Safety lagi. Masih duduk kat site buat kerja teknikal sampai balik ke rumah jauh malam semata mata nak siapkan LAPORAN KEMAJUAN BULANAN PROJEK.
Ada juga aku dengar rakan Safety yang lain kerja dalam keadaan stress sampai ada yang dapat Darah Tinggi. Apataknya majikan suruh jaga sampai 4 projek lepas tu bagi elaun setiap projek . Kadang kadang memang benar banyak dapat DUITdengan cara tu tapi pada masa yang sama kalau tak kena pada tempat bolah juga dapat banyak PENYAKIT.
Kalau satu projek buat hal mungkin boleh terima lagi , Tapi kalau semua projek ada masalah safety, Pegawai JKKP buat pemeriksaan banyak yang tidak dipatuhi haa,, masa tulah STRESS mula nak datang..
Aku pernah juga nank cuba buat cara tu. Tapi fikir balik kan, kalau aku boleh dapat GAJI satu projek sama dengan GAJI jaga dua projek, kenapa aku perlu pening pening kepala jaga dua projek? Lagipun seorang Budak Safety satu projek je boleh daftar.. Last last aku jaga satu projek pada satu masa. Kepala tak pening...
Sekalipun majikan suruh pun aku buat tak tahu je. Bukan apa aku tak nak cari penyakit yang tak ada ni. Budak Safety macam aku ni MANUSIA bukan TUHAN. Ada masanya aku pun boleh jatuh sakit. Kalau setakat penyakit tak di undang tak mengapa. Ni kalau bab jenis cari penyakit,,, haaa bab yang tu kenalah tanggung sendiri...
Kalau kena sakit teruk,,, cuba korang tanya diri sendiri, masa masuk hospital sakit teruk rasanya majikan nak tanggung tak? Kalau tak tanggung baik jangan buat. Sekalipun korang ada insurans sekalipun. Lagipun insurance korang bukan majikan korang yang bayarkan.. Jadi nak buat kerja tu fikir fikir dulu k...
Oh ya sentuh bab insurance ni aku rekomen korang ambik INSURANCE TAKAFUL PRUDENTIAL yang ada kasi Medical Card. Tak apa bayar sikit kat Medical Card . Aku jamin tak rugi ketika masa sakit..Cari mana rakan korang yang jadi EJEN Insurance ni. Ambik insurance tak rugi pun. SEPUPU aku pun EJEN kalau nak .Boleh contact dia at 013 8081881 (FAMMY FAISAL).
Jangan bagi chance pada majikan untung banyak jimatkan belanja lantik sorang lagi BUDAK SAFETY dan letakkan beban kepada korang. Naya nanti.. Cuma nya Budak Safety boleh dikatakan agak bernasib baik kerana bukan karier yang tergolong dalam kerja paling Stress .. Kalau tak ramai tak nak buat kerja ni....kalau diberi pilihan....
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.