Sunday, July 29, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 2: SAFETY OFFICER VS SECURITY OFFICER


Part yang ini paling best. Ramai majikan dan orang kebanyakan confused tentang dua jawatan ni. Antara Safety Officer dan Security Officer. Kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia kedua duanya akan memberi nama yang sama yakni Pegawai Keselamatan dan Pegawai Keselamatan. Akan tetapi kedua duanya adalah berbeza dari segi tugas dan tanggungjawab. 

Safety Officer ni sebenarnya merupakan seorang yang KOMPETEN yang diberikan tugas yang telah termaktub di dalam AKTA Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Safety and Health Officer Regulation 1997 yang mana kedua dua Akta dan Peraturan ini berada di bawah JKKP atau DOSH. Pelantikan seorang Safety Officer adalah dibawah Safety and Health (Safety and Health Officer) Order 1997.
Bab Security Officer ni pulak ada kaitan dengan macam macam agensi di negara kita termasuk agensi swasta. Kalau tuan tuan pergi ke mana mana Airport akan ada Security Officer ni yang dilantik oleh pihak syarikat penerbangan seperti MAS dan kalau melibatkan penjagaan kawalan dokumen sulit Kerajaan juga terdapat Security Officer.. Kalau Security Officer di lantik di tempat kerja anda, biasanya mereka akan bertanggungjawab ke atas memastikan asset yang ada di tempat kerja berada dalam keadaan selamat iaitu tidak dicuri, diambil tanpa kebenaran dan sebagainya. Lebih mudah difahami, Safety Officer jadi benda hidup manakala Security Officer jaga benda tidak bernyawa.

Cuma adakalanya kita ada terjumpa satu jawatan namanya HSSE Officer. Siapa yang pegang jawatan ni memang tapau habis kra dah masuk dalam kategori OTAI. Dari Health, Safety Security sampai ler ke Environment sebab tu ianya dipanggil HSSE. Biasanya orang yang dah lebih 10 tahun pengalaman dalam industri dan berpengalaman mengendalikan dua lagi bidang selain Safety and Health.

Kalau di tanya bab gaji memang lumayan. Masyuk giler beb...Sebab ruang tugasnya lebih besar dan lebih menyeluruh.. Walau bagaimanapun , tak kira apa jua jenis jawatan yang melibatkan safety, tugas mereka lebih kurang sama iaitu memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja...

Samada anda Safety Promoter, Safety and Health Assistant, Safety Practitioner, Safety and Health Officer, Safety Manager dan sebagainya, anda tetap orang yang layak diberikan anugerah kerana membawa sifat ambilberat  di dalam memastikan semua pekerja di bawah jagaan anda besar daripada sebarang kecederaan dan kemalangan..

AKU BUDAK SAFETY
MealoversMembawang@Facebook

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...