Wednesday, July 25, 2018

SAMPURE MINERALS: JENAMA KOSMETIK HALAL UNTUK WANITA MUSLIMAH


Tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat beberapa jenama kosmetik yang bebas daripada sebarang unsur daripada binatang. Kita sering kali mendengar jenama jenama terkemuka seperti Lancome, SK-II , Loreal, Revlon dan sebagainya tapi agak kurang mengetahui tentang jenama ini , SAMPURE MINERALS.

Jenama kosmetik ini diasaskan di United Kingdom pada tahun 2009 dan telah menetapkan objectif tidak akan menggunakan sebarang ramuan yang diperolehi daripada binatang sesuai dengan tujuan nya yang mahu hanya unsur unsur mineral sahaja terdapat di dalam isi kandungan produk mereka.


SAMPURE MINERALS terhasil daripada inspirasi seorang wanita yang mengimpikan untuk membawa satu produk solekan HALAL kepada wanita wanita Islam di Britain namun beliau tidak menemui satu produk pun di UK seperti yang dimahukan lalu mencipta SAMPURE MINERALS dan jenama ini kekal sebagai jenama  pertama daripada Eropah diberikan pengiktrifan  HALAL.

Kenapa SAMPURE MINERALS menekankan kepada Ramuan Mineral? 
Ini Jawapannnya...

SAMPURE MINERALS menerapkan beberapa aspek penting di dalam produk keluaran mereka iaitu:

KESEJAHTERAAN - solekan mineral bermaksud jumlah bahan semulajadi yang terhad
tidak menyumbat liang liang ada kulit wajah dan membiarkan kulit anda bernafas. Ia tidak mengandungi bahan bakar, bahan kimia kasar, peraben ataupun bahan bahan haiwan. Ia adalah pilihan yang baik untuk orang yang berkulit cerah, yang mengalami alahan arau jerawat. 

KUALITI - Hanya bahan mentah yang dipilih dengan teliti sahaja yang akan digunakan di dalam penghasilan produk SAMPURE MINERALS.  Tiada pengawet paraben, bismut oxychloride, minyak mineral, bahan petroleum, pengisi,, lanolin dan lain lain digunakan. 

EKONOMI- Dengan memilih produk SAMPURE MINERALS anda membeli kecantikan dan juga perlindungan ke atas kulit wajah anda. Penggunaan produk dalam kuantiti yang kecil mampu menghasilkan raut wajah yang menawan dan menarik.


Kepada para wanita MUSLIMAH yang mahu kekal menawan dengan mengunakan produk produk yang diSAHkan HALAL bolehlah mencuba produk ini. Admin pasti produk ini ada di Malaysia dan jiak tiada maka ia adalah satu peluang perniagaan yang bagus untuk mana mana Usahawan dan Usahawanita untuk mencuba menjadi Stokis dan Ejen.


Untuk keterangan lebih lanut, anda boleh melawati laman web rasmi SAMPURE MINERALS di www.sampure.co.uk. 



No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...