Jika diluluskan di Dewan Rakyat, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal berada di pasaran semula menggantikan sistem cukai GST yang tidak popular di kalangan rakyat Malaysia. Sungguhpun GST telah dimansuhkan harga barangan tetap meningkat tanpa adanya campur tangan Kerajaan. Apa lagi peniaga kaut untung berganda ganda dalam tempoh bertenang ini. Dan dipihak Kerajaan pula kehilangan jutaan ringgit dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika SST tidak mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Namun Admin pasti ianya dapat disegerakan memandangkan Kerajaan sedia ada sudah mempunyai cukup undi untuk meluluskan perlaksanaan nya...
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Cukai Jualan akan di tetapkan pada kadar 10% manakala Cukai Perkhidmatan pula ditetapkan pada kadar 6%. Menurut beliau lagi, perlaksanaan cukai ini tidak membebankan rakyat , betul ke?...
Apa taknya bukan sahaja kos bahan mentah akan meningkat malah kos pengangkutan serta kos kos lain yang berada di dalam rantaian bekalan akan turut menerima kesan. Kos bahan mentah mungkin akan dikenakan cukai jualan manakala kos pengangkutan akan dikenakan cukai perkhidmatan...cuma yang peliknya ......>>>>>




