Friday, July 20, 2018

PESAWAT MAS MH134 ALAMI MASALAH TEKNIKAL

Pesawat MAS MH134 telah mengalami masalah teknikal ketika berada di berada dalam perjalanan dari Brisbane ke Kuala Lumpur semalam. 

Menurut laporan portal berita penerbangan Australia, Australian Aviation, pesawat tersebut yang sepatutnya berlepas dari Brisbane pada Rabu  terpaksa berpatah balik berikutan daripada masalah tersebut.

Kejadian  "Near Miss" sebegini bukan nya pertama kali berlaku malah sudah beberapa kali direkodkan ketika pesawat MAS berada di Australia. 

Dan kecekapan juruterbang kita kerap kali berjaya mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Laporan terkini melaporkan bahawa  pesawat MH134 telahpun berjaya terbang semula dan telah pun mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam  dengan sedikit kelewatan tanpa sebarang masalah. 

  

Thursday, July 19, 2018

PHOTOBOOK TAWAR 90% DISKAUN, JANGAN KASI LEPAS


Tuan Puan, nak bagi tahu ni. Pihak photobook sedang buat promosi besar besaran ni. Jangan lepaskan peluang keemasan ini  untuk dapatkan album foto tuan puan daripada Photobook memandangkan tawaran diskaun sehingga 90% ni memang tak perlu ditanya. Jomm... layari KLIK KAT BAWAH untuk dapatkan diskaun ini ..


Ada macam macam TAWARAN ISTIMEWA MENANTI ....




KLIK >>>>> PHOTOBOOK MALAYSIA

Selamat bershopping tuan tuan dan puan puan...


LBGT : APA KATA MEREKA YANG ARIF...


Admin bukan pakar dalam bab bab sebegini namun mengambil pendirian tersendiri yakni menyerahkan hal hal sebegini kepada mereka yang arif. Memang benar LBGT ini adalah sesuatu perkara berat yang memerlukan suatu tindakan yang sewajar di ambil bagi mengelakkan gejala tidak sihat ini menular di dalam masyarakat kita pada hari ini. Apatah lagi dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral sering dikaitkan dengan golongan ini, persoalan pokok yang memerlukan jawapan yang jelas apabila ianya melibatkan akidah seseorang dan juga keyakinan seseorang manusia itu terhadap Yang Maha Pencipta.

Pada Julai 2017, portal berita Metro UK pernah memaparkan tentang perkahwinan pertama dua pasangan Gay beragama Islam di Britain. Jahed Choudary dan Sean Rogan melakukan upacara pernikahan di Pejabat Pendaftaran Warsall UK. Walaupun hubungan mereka berdua mendapat tentangan daripada keluarga, mereka tetap meneruskan pernikahan tersebut. Jahed sudah beberapa kali mencuba untuk kembali normal dengan menjalani sesi perubatan malah telahpun mengerjakan haji di Mekah. Namun orientasi seks songsang nya tetap tidak berubah. 

Berdasarkan kepada senario ini amat jelas sekali bahawa perilaku sebegini sememangnya sukar untuk dibendung kerana ianya melibatkan rohani seseorang. Walaupun tahu beratnya hukuman menanti mereka jika disabitkan kesalah dibawah hukum Islam namun golongan sebegini tetap mengekalkan sifat dan keinginan mereka yang amat berbeza dengan orang biasa. Namun untuk menghukum mereka di atas kelemahan ini boleh juga dilihat sebagai satu tindakan yang tidak adil kerana ianya bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia walaupun pada hakikatnya melanggari hukum azali manusia itu sendiri dan juga melanggari asas asas ajaran Agama.. Namun sebagai seorang yang tidak arif tentang hal ini, Admin berpendapat adalah lebih baik agar perbincangan terperinci di kalangan ulama dan pengamal undang undang untuk menentukan duduk perkara mereka yang terjerat  di dalam krisis seksualiti ini.

Di sini juga Admin ingin berkonsgsi dan admin merangkum beberapa kenyataan dan pendapat daripada mereka yang arif untuk tatapan pembaca.

Wednesday, July 18, 2018

TUN M, KUKUHKAN POLISI AUTOMOTIF BUKAN LAKSANA PROJEK BARU

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kesal kerana idea beliau mahu wujudkan projek kereta nasional kedua negara tidak mendapat sambutan. 
Coretan beliau di dalam blog Che Det yang seperti dilaporkan oleh Astro Awani mendedahkan kenyataan sinis beliau ke atas perkembangan tersebut. Dengan nanda sinis beliau melahirkan rasa kecewa kerana Proton diambil alih oleh syarikat asing.

Walaupun menyedari akan wujudnya syarikat swasta yang sudah mahir mengeluarkan model model prototaip daripada tanah liat , Tun M turut menyatakan membuat satu kenyataan yang agak sukar untuk difahami dengan jelas. Petikannya adalah seperti berikut:.

"Tetapi kerana awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu kerajaan tidak akan ada industri automotif milik kerajaan," kata Perdana Menteri.".

Samada kenyataan tersebut betul atau tidak tidaklah diketahui. Memandangkan ianya di petik daripada laman blog beliau sendiri Chedet maka rasanya kenyataan beliau itu mungkin ada kebenarannya. 

Mungkin beliau masih lagi merasakan bahawa para jurutera , usahawan automotif tempatan masih perlu diberikan bantuan untuk terus bersaing di pasaran cumanya..... ada suatu perkara yang perlu diberikan kredit yang baik.......>>>>>>>>>>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...