As salam semua, kali ini kita nak sentuh bab kesedaran safety pulak.. Oh ya, sebelum tu buat makluman korang semua, aku menulis ni santai santai sahaja jadi aku takkan sentuh perkara perkara teknikal yang terlalu serius nak dibincangkan. Sebagai contoh, bagaimana nak buat HIRARC, apa itu HSE Plan dsb. Yang tu serahkan kepada mereka yang pakar dalam bidang masing masing untuk ajar korang macamana nak buat. Lagipun aku percaya korang boleh buat semua tu. Aku hanya nak coret perkara perkara kecil tapi menarik untuk dibincang dan dikongsi bersama. Ok, tuan tuan semua, Harap penjelasan di atas mampu meredakan semua.. Jangan serius sangat ok... Kita santai santai sahaja...
Thursday, August 2, 2018
Tuesday, July 31, 2018
AKU BUDAK SAFETY Part 4: SHO KENA ARIF MACAM LAWYER
Kerja dalam industri safety and health ni kena rajin membaca dan kena rajin belajar daripada orang orang lama dalam industri. Aku sendiri pun masih belajar lagi daripada otai otai safety. Mereka sudah lama dalam bidang ni. Macam macam dah jumpa perangai manusia baik majikan mahupun pekerja. Jenis yang pandai cakap tapi tak pandai buat kerja pun ada.. Jadi berkawan lah dengan orang orang lama.. Bagaimana kita tahu org tu lam or baru?... Haa bab yang ini paling best. tapi nak mudah senang je.. Kalau orang lama ni org baru biasa panggil dia orang Cip... Cip ni macam tanda respect pada orang lama ni.. Mereka ni bab undang undang safety jangan lawan. Mereka hebat. Ada banyak idea dan ada banyak pengalaman...
Monday, July 30, 2018
AKU BUDAK SAFETY Part 3: NAK JADI SHO BELAJARLAH DARIPADA CHRIS GARDNER
Oh ya, sebelum terlupa, nak jadi Safety Officer ni kenalah berkursus dahulu dengan mana mana pihak yang diperakui oleh DOSH tak kiralah ambik sijil ataupun diploma. Paling mudah ambik kursus SHO dengan pihak NIOSH lepas tu daftar untuk peperiksaan. Ada 4 Kertas Ujian kena duduki.
Sunday, July 29, 2018
AKU BUDAK SAFETY Part 2: SAFETY OFFICER VS SECURITY OFFICER
Part yang ini paling best. Ramai majikan dan orang kebanyakan confused tentang dua jawatan ni. Antara Safety Officer dan Security Officer. Kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia kedua duanya akan memberi nama yang sama yakni Pegawai Keselamatan dan Pegawai Keselamatan. Akan tetapi kedua duanya adalah berbeza dari segi tugas dan tanggungjawab.
Safety Officer ni sebenarnya merupakan seorang yang KOMPETEN yang diberikan tugas yang telah termaktub di dalam AKTA Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Safety and Health Officer Regulation 1997 yang mana kedua dua Akta dan Peraturan ini berada di bawah JKKP atau DOSH. Pelantikan seorang Safety Officer adalah dibawah Safety and Health (Safety and Health Officer) Order 1997.
Subscribe to:
Posts (Atom)


