Lagu Kontra Analisa by IR Radzi?.. First time aku dengar lagu ni rasa SYOK semacam je.. Tangkap jiwang jugak kalau dengar di waktu malam sambil terkenang awek di zaman bujang dulu. Sekarang tak leh dah pasal dah kahwin. So bagi yang tengah HANGAT bercinta lagu yang merdu ni boleh dijadikan SOUNDTRACK untuk mengenang masa percintaan.. Lagu ni dicipta oleh Audi Mok, komposer yang cukup terkenal dalam penghasilan lagu-lagu HITS. Beliau merupakan di antara penyumbang lagu utama untuk penyanyi hebat sepreti Faizal Tahir, Nikki (isteri beliau), Zahid, OAG dll.. Lagu ciptaan beliau "CARAMU" HITS dipasaran. So tidak memeranjatkan bila beliau dipilih oleh ramai artis baru untuk mencipta lagu termasuklah lagu ni ..
Kontra Analisa ni, aku dengar masa dia raw lagi memang dah sedap. Belum lagi di buat sound inclusion dan juga vioce capturing. Masa tu , lagu tersebut masih diperingkat pemilihan tone dan sound editing termasuk voice synchronization dengan penyanyinya IR RADZI pasal recording awal pakai suara Audi sendiri. Tapi siapa Ir Radzi ni..? Kenapa lagu yang sebegini hebat boleh diberikan kepada seorang penyanyi seperti IR RADZI?.. Kenapa tak bagi je pada orang lain macam Faizal Tahir ke, Zahid ke, Ramli Sarip ke .. Kalau tak pun bagi le chance pada Amy Search bawak lagu ni.. Mesti korang nak tahu bukan?
Pas ni aku bagitau korang semua.. Sebelum tu aku nak korang tau siapa sebenarnya penyanyi yang bernama IR RADZI..?
Nama betul beliau kalau aku tak silap Mohd Syahriadzi bin Malek.. Berumur ermm.. tak penting janji HENSEM. Asal dari Kuching, Sarawak. Orang Kampung No.5 dekat kawasan Satok. Ada 4 orang adik beradik. Dia merupakan lelaki paling HENSEM dalam keluarga beliau pasal beliau sorang je yang JANTAN. Graduan Ijazah Pengurusan dari UNITAR memang minat menyanyi sejak kecil lagi. Sebelum subuh dia dah start main karaoke kat rumah, berhenti bila Azan kedengaran. Perjalanan hidup beliau penuh penuh dugaan. Bak kata orang kesusahan mengajar kita untuk berusaha gigih... Kenapa pulak aku boleh tau latarbelakang beliau dengan penuh details..? Dia kenal aku ke..? ... MEMANG PUN pasal IR RADZI ni SEPUPU aku ler anak PAK NGAH aku...Masa kecik memang terkenal dengan stail gangster.. Setiap kali budak kampung lalu depan rumah nenek beliau, sure kena baling dengan batu. Kalau kepala tak berlekuk gerenti badan hangit semacam..
Aku masih ingat lagi, masa aku nak pinjam VCD cerita Hindustan daripada mak dia, sampai eksiden jatuh motor semata-mata nak antar VCD tu kat aku.. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh aku tak kata Beb......
Bila aku mengenang kembali sejarah kerjaya seni IR Radzi ni yang biasa aku panggil EIR je, dia ni dulu suka sangat menyanyi .. Kalau setakat karaoke memang dia yang konker (conquer = kontrol). Sampai sepuluh lagu baru puas hati. Tapi kita orang pun puas hati gak pasal suara dia SODAP... LUNAK.. MERDU .. Boleh terkulai layu bila dia bawak lagu secara LIVE.. Disebabkan kehebatan suaranya, sepupu aku ni selalu diundang untuk menyanyi di Majlis Perkahwinan, Majlis Korporat etc. Tambahan pulak, dia ni buat business Sound System yang cukup dikenali di Kuching dengan nama Syahier Sound Blaster (SSB)..Dulu aku pikir dia nak jadi Pelakon pasal kalau kulit dia kelam sikit dan berambut afro, sure sebijik macam WILL SMITH..
Kalau bab nyanyi, dia memang no satu. Banyak kali dapat masuk Akademi Fantasia tapi tarik diri pasal tak nak lukakan hati orang tersayang... Siapa orang tersayang tu..? Tunggu tak leh bagitau... Nanti tak rock... Simpan dulu buat masa sekarang. Bakat nyanyian beliau diiktiraf ramai orang. Selain boleh menyanyi beliau juga boleh jadi pengacara. SEPUPU aku yang lain seperti ADI dan ILA masuk MENTOR tapi dia tak nak join. At last dia tetap berjaya jugak rakam album sendiri walaupun hanya SINGLE itu adalah ENTRY POINT yang bagus.
Dengan adanya lagu HITS Kontra Analisa, aku pasti nama IR RADZI akan MELETOOOP.. Tapi heran kenapa lagu tu AUDI bagi pada dia dan bukannya penyanyi lain..? Jawapannya SENANG dan MUDAH untuk difahami. Komposer macam AUDI mencipta lagu berdasarkan suara penyanyi yang akan mendendangkannya. Itu pasti kerana Siti Nurhaliza takkan bawak lagu Amy Search.. Tak padan langsung.. Walaupun AWIE boleh bawak lagu AMY, dia masih takleh bawak lagu ANNUAR ZAIN pasal suara tak ngam dengan lagu.
Jadi secara ringkasnya lagu ni memang COCOK dengan suara KAZEN Ku ini. Selepas siap editing and voice synchronization tibalah masa untuk mendengar sedikit preview daripada lagu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ni.. So sebagai sepupu, aku nak habaq sikit kat ko nooo... TAHNIAH di atas kejayaan menghasilkan SINGLE PERTAMA KONTRA ANALISA . Harap dapat buat FULL ALBUM in the future. Jangan stop kat sini sahaja... Suara ko SODAP .. Kalo Siti dengar awal dulu sure tak kawin dengan Datuk K.. All the best and give the best to the FAMILY and FANS...
Kepada sapa-sapa yang tak dengar lagi preview lagu ni, dengarlah KONTRA ANALISA daripada IR RADZI kat sini:
SPECIAL THANKS TO ALL READERS FOR VIEWING MY BLOGS TONITE
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.