Perasan tak..? Tak kerterlaluan aku katakan kat sini yang botol berisi cecair warna hitam ni ada di setiap rumah orang Malaysia.. Tak caya..? G check kat dapur .. Gerenti ada.. Botol hitam ni namanya KICAP.. dalam bahasa Inggeris pulak di panggil KETCHUP atau SAUCE.. Tapi kita biasa memanggil nya dengan nama KICAP...
Ada banyak jenis kicap di pasaran. Ada yang masin, ada yang manis. Yang terlebih masin dan terkurang manis pun ada. Bergantung kepada jenis pembuatan kicap. Entah aku pun tak tahu kenapa kicap ni menjadi sebahagian daripada inti masakan masyarakat kita..Aku sejak kecik makan kicap. Kalau sebut kicap Cap Kipas Udang, Aminah Hassan, Habhal's, Orang Kampung, ADABI, YEO's gerenti ramai orang kenal. Pasal kicap ni nationwide brand.
Dalam banyak-banyak kicap yang aku pernah makan, ada satu kicap yang boleh dikatakan sehidup semati dengan aku.. Pasal aku dah makan kicap ni sejak aku kecik lagi. Tak tukar brand lain. Keluarga aku memang suka sangat makan kicap ni. Nak tau kicap apa?.....
Ini dia.. Namanya kicap TONG NAM .. The only kicap yang ada kat Sarawak ni especially kat KUCHING. Rata-rata orang Kuching makan kicap ni. Kicap masin. Masa dulu kita tak de kicap soya yang manis tu. Kalau adapun dijual kat kedai, kita orang tak ambik peduli pun pasal kita orng tak biasa makan kicap manis.
Namun bila aku fly ke Semenanjung sambung belajar kat sana, aku boleh suka pulak pada kicap manis especially kicap ADABI dan HABHAL's . Sedap SIOL... Kalau makan nasik panas bubuh pulak kicap manis ni fuyooo.. menyelerakan. Sejak itu aku makan pelbagai jenis kicap.. Gambar yang korang tengok kat atas tulah kicap yang baru je aku beli untuk stok sebulan.. Macam-macam brand tapi kesemuanya sedap...
Setiap kali aku makan kicap ni, aku akan teringat masa aku kecik dulu. Hidup susah. Kalau abah aku tak belikan apa-apa makan di tengah bulan, mak dan aku adik beradik makan nasik panas berlaukkan kicap je... Kesusahan hidup mengajar kita untuk struggle DAN menghargai rezeki pemberian ILLAHI. Dan setiap kali rezeki yang datang aku bersyukur kerana masih mampu lagi nak beli KICAP... Segalanya KICAP.. KENANGAN LAMA MENGUSIK JIWA...
Kamu ada cuba Kicap Manis ABC tak? Sama rasa dengan kicap dalam IndoMee.
ReplyDeleteYe ke..? Boleh dicuba .. Nak tahu gak rasanyer bagaimana.. Thanks for visiting my blog..
ReplyDeleteMacam mana pilihan sekali pun ingat hanya yang asli akan tetap asli....buat pilihan berdasarkan nutrisi & bahan2 sumber asli dan bukan kesedapan dgn harga yang rendah...quality is not lying ....
ReplyDelete