Saturday, July 21, 2018

MINYAK SARAWAK: TAK NAK BAGI ROYALTI BAGI KOMISEN



Perkembangan terbaru berkenaan dengan kenaikan royalti hasil sumber minyak Sarawak menemui satu suasana skeptik apabila terdapat percanggahan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang menimbulkan satu persoalan baru... BAYARAN 20% ROYALTI MINYAK ATAUPUN 20% BAYARAN KEUNTUNGAN HASIL JUALAN MINYAK?

Nampak sama tapi belum tentu ianya serupa kerana perbezaan dari segi nilai terlampau jauh.. Walaupun pada dasarnya sudah ada peningkatan dan kemajuan ke atas apa yang cuba diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak selama ini, akan tetapi ironinya adalah jika royalti minyak tidak dinaikkan tetapi diberikan perkongsian keuntungan maka Sarawak dijangka akan menerima satu keadaan yang mana perjuangan menuntut kenaikan royalti minyak itu tidak tercapai walaupun berjaya mendapatkan perkongsian hasil pendapatan minyak sebanyak 20% daripada Kerajaan Persekutuan...Jadi mekanisma bagaimana bayaran royalti 20% itu ditentukan perlu dibincangkan bersama sama dgn negeri pengeluar bukan hanya dalam kabinet Kerajaan Persekutuan semata mata.,

Oh ya ada yang nak tahu perbezaan antara keuntungan dan royalti? ...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bagi pendapat hamba yang hina ini, royalti bermaksud hasil perolehan yang dikutip daripada segala hasil sumber minyak yang diambil daripada sesuatu kawasan tanpa perlu mengambil kira sebarang kos yang terlibat di dalam proses perlombongan kerana kos tersebut di tanggung oleh syarikat carigali. Ini tidak langsung menghapuskan segala liabiliti ke atas pengurangan hasil royalti jika kos eksplorasi dan membangun meningkat.

Manakala perkongsian keuntungan pula adalah pendapatan yang diperolehi setelah hasil sumber minyak dikeluarkan, diproses dan dijual selepas itu ditolak segala kos yang terlibat, bayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Hasilnya barulah pendapatan bersih. Hasil daripada pendapatan ini , 20% akan diberikan kepada Sarawak.Jika pendapatan bersih meningkat maka meningkat lah royalti dan begitulah sebaliknya.

Cuma yang menjadi isu sekarang adalah jika semata mata bergantung kepada pendapatan  hasil dari negeri Sarawak sahaja maknanya kos operasi bakal terkesan. Bayangkan loji pemprosesan minyak di Bintulu turut sama memproses hasil minyak yang diambil dari perairan Sabah. Jadi bagaimana dan macamana mahu menentukan kos yang perlu ditanggung untuk Sarawak dan Sabah jika sudah jelas loji di terletak di Sarawak.


Jadi mana satu yang lebih menguntungkan kita perlu difikirkan sebaiknya. Namun jika 20% daripada hasil keuntungan Petronas untuk SKO diberikan kepada Sarawak dan kita tidak punya pilihan lain maka ada dicadangkan kepada  Kerajaan Negeri Sarawak supaya menetapkan had tempoh eksplorasi dan pembangunan minyak dan gas di perairan Negeri Sarawak supaya mana mana pemain industri dapat membuat bidaan royalti yang lebih baik kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Ini lebih telus dan mampu merancakkan lagi industri minyak.

Nota:

Kalaulah dah tak nak bayar Sarawak Royalti Tambahan 20% maka saya cadangkan berilah Sarawak 25% KOMISEN dari segala hasil yang tertuai  daripada saat hasil tersebut diambil oleh Petronas dari tarikh penubuhannya.


KATAKAN TIDAK PADA 20% PERKONGSIAN KEUNTUNGAN KERANA KITA BUKANNYA TIDAK BIJAK.




No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...