SELAMAT HARI SARAWAK buat semua warga Sarawak. 22 Julai setiap tahun adalah tarikh di mana Negeri Sarawak buat pertama kalinya mendapat pemerintahan sendiri daripada British pada tahun 1963. Sejarah hari ini tidak terdapat dalam mana mana sukatan pelajaran untuk subjek SEJARAH. Apa yang kita tahu hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957 dan pembentukan MALAYSIA pada 16hb September 1963. Ini saja yang kita tahu..
Namun insan istimewa bernama Tan Sri Adenan Satem (Allahyarham) membawa kita semua kembali mengingati sejarah Negeri kita, Sarawak. Kita mulai kenal sejarah negeri kita , hak kita dalam Perjanjian Malaysia. Kita mula mengenali saudara saudara kita yang berlainan bangsa dan agama. Kita tidak lagi dipanggil LAIN LAIN malah kitak semua kini mula menerima bahawa tidak mengira apa bangsa kita, rumpun bangsa kita hanyalah satu yakni BUMIPUTRA.
Kita semakin mendekati ke arah satu bangsa yang bersatu di zaman beliau sehingga Bandaraya Kuching digelar City of Unity. Kita berbangga dengan gelaran itu kerana kita sudah biasa duduk bersama minum bersama mandi bersama hidup segalanya bersama. Allahyarham TOK NAN berjuang untuk kita semua dan bagi mengenang jasa para pejuang Sarawak terdahulu maka 22hb Julai di isytiharkan sebagai Hari Sarawak....

Oleh yang demikian sempena sambutan HARI SARAWAK kali ini, ADMIN ingin membuat nukilan khas ini bagi mengenang jasa Allahyarham Tok Nan kita kerana setiap kali HARI SARAWAK disambut setiap kali itu seluruh rakyat Negeri Sarawak merindukan kehadirannya.
Akhir kata , SELAMAT HARI SARAWAK buat semua rakyat Sarawak dan AL FATIHAH penuh doa buat ALLAHYARHAM TOK NAN semoga ruh beliau di cucuri rahmat ILLAHI..
" JAGA SARAWAK TOK BAIT-BAIT"
PESAN TOK NAN JANGAN KITA LUPA....
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.