Monday, August 13, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 12: LANTIK SUPERMAN JADI BUDAK SAFETY KAN SENANG..

Rata-rata Majikan mahukan penjimatan ke atas kos pengambilan kakitangan yang mengendalikan program program safety di tapak termasuk memotong kos kos program safety. Bagi majoriti majikan safety tidak penting kerana ianya tidak menyumbang kepada peningkatan keuntungan malah merupakan sebahagian daripada kos. Di sebabkan faktor Kontrak yang memerlukan Majikan menggaji Budak Safety, mereka terpaksa mencari calon calon. Akan tetapi semua orang tahu, gaji Budak Safety bukannya murah. Kerja nampak mudah tapi bukan senang nak jaga manusia. Dan yang jadi masalahnya adalah kos yang dimasukkan oleh Majikan dalam Kontrak amatlah kecil dan tidak berbaloi . Tujuannya adalah supaya harga bidaan mereka lebih kompetitif dan berpatutuan. Di masa yang sama Klien, iaitu pemilik Projek pula tidak meletakkan kos yang terlibat yang berkaitan dengan Safety and Health ini di bawah Wang Peruntukan Sementara. 

Oleh kerana ianya dibawah Preliminaries and Generally maka suka hati Penender nak letak harga mana. Jadi bila penender berjaya dapat Kontrak, tengok kos untuk lantik Budak Safety kecik semacam, mulalah scouting nank cari yang PART TIME punya. Sementara tengah cari tu, projek dilaksana tanpa ada Budak Safety di tapak bina. Last last selepas 6 ke 7 bulan barulah nampak muka Budak Safety kat site. Dapat gaji besar sikit daripada kos dalam P&G tadi sebab dah buat saving 6 bulan so kira boleh cover kos tersebut.

Tiba tiba satu lagi problem timbul. Nak buat safety program kat site tak de fund. Majikan kata fund tak cukup. Bayar gaji ko sorang je dah tinggi. Apa nak buat? .. Kepala pening. stress mula datang kan... Macam macam ikhtiar buat. Majikan ni ada macam macam ragam. Kalau jenis yang faham untung kalau jenis tak faham payah nak handle. .. Yang paling payah nak handle adalah majikan macam sokong safety, cakap bab safety sembang sampai gajah boleh terbang tinggi. Tapi bila bab beli PPE tanya dulu beli untuk siapa padahal penyediaan PPE tu tanggungjawab MAJIKAN... dah bagitau selalu cuma tak nak tahu atau orang putih panggil IGNORANCE.

Mahu tak mahu Budak Safety mula cari idea.Nak beli PPE yang murah sesuai dengan kos yang Majikan beri. Sudah tentu kos safety perlu dipantau tapi kalau kos Safety Hat yang tak sampai RM15 BRAND PROGUARD pun nak berkira aiseyman payah ler.. Last last bagi arahan pada Sub Con suruh belikan Safety Hat. Ni lagi satu masalah pula. Sub Con asyik kata kos safety diorg tak ada. macamana? .. Nak tak nak kena beli jugak. Kalau tak masalh timbul nanti. JKKP tengah buat operasi... Last last beli jugak.. 

Yang dibeli pulak jenis yang sub standard dan tak penuhi piawaian SIRIM. Ketebalan tak cukup. Kekuatan diragui. Maklum saja beli secara ONLINE SHOPPING... nak murah kan.. Kalau ada yang kasi DISCOUNT COUPON ataupun PROMO CODE memang sah nak beli. Last last dapat yang murah. Beberapa bulan lepas tu dah rosak dan kalau yang sempat bertahan tu warna Kuning dah jadi Warna Putih.. LUNTUR... Jadi semua pekerja dah naik pangkat jadi Penyelia Tapak..

Apabila kos yang kecil diberikan maka apa jua program safety and health jadi terganggu. SHO jadi kelu kerana tak ada kos yang boleh digunakan untuk buat ON SITE SAFETY TRAINING, SAFETY AWARD, BEST SAFETY AND HEALTH EMPLOYEE AWARD dan sebagainya. Last last oleh kerana ketidakcukupan peruntukan maka SHO jadilah Superman buat apa saja dari A to Z. Sampai Bekalan Elektrik terputus pun SHO juga yang kena buat. Berlari ke sana ke mari padahal SHO ni bantu Project Management Team pantau keselamatan pekerja bukan buat kerja PMT tengok Work Program lambat or cepat...Kalau projek lambat bukan pasal Safety ketat tapi sebab lain...Sebabnya macam macam . Tak leh bagitau.. Ni bab sensitif.....haha..

Dan disebabkan oleh murahnya PPE yang dibeli, maka selalulah beli PPE. Asyik ganti memanjang. Last last rugi jugak kerana kos beli dua PPE lebih tinggi dari kos beli satu PPE yang lebih bermutu. Dan yang peliknya Pekerja ni macam tak kesah pulak pasal PPE yang sub standard ni. Pakai belasah je pakai especially bab Safety Harness. Bayangkan ada Sub Con yang nak save cost bekalkan Safety Harness yang dah bertahun tersimpan dalam STORE. Katanya selagi ELOK pakai...

NI ABAM SAFETY NAK SOUND SIKIT....

"SAFETY HARNESS, LANYARD, LIFELINE ADA JANGKA HAYAT SAMA MACAM SAFETY HAT. SAMADA ADA MASIH BAGUS ATAU TIDAK , TIDAK DIBENARKAN PAKAI.. KALAU KAU NAK MAMPUS AWAL KAU PAKAI.. KALAU NAK SELAMAT BAIK KAU JANGAN PAKAI .LAINLAH KALAU KAU SPIDERMAN, JATUH TAK MATI CUMA SENGAL SANA SINI.... PERIOD.."

Tolong Hadam ok....

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...