Betul tak apa yang aku cakap? Tony Stark nak lawan Terrorist , dia kena design satu ALAT PERLINDUNGAN DIRI yang mampu lindunginya daripada sebarang kecederaan akibat daripada tembakan, terjatuh, dilanggar kereta. dan sebagainya. Korang pasti pernah tengok filem IRONMAN kan.. Tony Stark pergi medan tempur macam RAMBO tak? Tak de kan.. Sebab Tony Stark ni pentingkan keselamatan dirinya. Sebelum bertempur kenalah buat persiapan apa yang patut..
Ironman tak macam Sylvestor Stallone aka RAMBO. Aku tengok filem RAMBO dari FIRST BLOOD edition. Memang tak leh matilah Rambo ni. Ko bubuh banyak mana peluru sekalipun. Kena bom sana sini pun tak mati jugak. Nak kata apa dah Pengarah nak dia jadi IKON Hero dalam filem. Kalau dah mati rasanya hari ini kita semua dah berkabung dah kan.. Esok keluar dalam suratkhabar "RAMBO MATI DI KANCAH PEPERANGAN". Kira nasib baik jalan cerita RAMBO tak mati walaupun tak pakai apa apa alat perlindungan diri...
Tapi Ironman lain sikit. Tony Stark boleh jadi Budak Safety. Dia layak kerana dia sanggup berhabisan masa dan wang untuk cipta satu pakaian besi yang boleh lindungi dirinya dari ancaman musuh selepas badannya dipenuhi oleh kepingan besi halus dari letupan bom yang belia cipta sendiri. Tak macam Rambo, ambik risiko tapi tak nak pakai safety helmet, cukup cukup pakai bengkung kat kepala... Kan naya tu...Kalau Rambo jadi Budak Safety hari hari korang tengok pekerja join dia tak pakai baju kat site...
Bagi Ironman, Segala bentuk Ancaman adalah HAZARD baginya. Oleh yang demikian, PPE yang dia guna kena ada kekuatan untuk mengatasi hazard tersebut.
Kalau dalam industri safety and health musuh kita adalah WORK HAZARD dan kita sebagai BUDAK SAFETY harus bersikap seperti Tony Stark. Kita kena lawan WORK hazard berdasarkan analisa yang kita buat. Dan sekiranya langkah terakhir adalah penggunaan PPE maka tekankanlah kepentingan PPE pada setiap kali ada perjumpaan bersama pekerja... Safety Toolbox Briefing adalah lokasi yang paling sesuai. Lambat laun perkataan PPE itu akan melekat juga dalam kepala mereka.
Kalau Ironman pun takut tanggung risiko lagi, inikan pula kita yang bukan superhero. Walaupun Ironman ini sekadar filem untuk hiburan semata mata, ada juga nilai moral safety yang diterapkan di dalamnya yang kita boleh ambil contoh.. Afterall nak bercakap dengan pekerja ni kena masukkan unsur unsur kesedaran safety yang praktikal dan masuk dek akal. Kalau cakap kita terlalu teknikal dia orang tak faham akhirnya, sampai bila bila mereka tidak menghargai apa yang kita nasihati....
Tak ramai yang mahu mencipta dan berinovasi. Buat rekaan baru untuk jadikan PPE lebih baik lebih selesa. Kalau ramai Budak Safety macam Tony Stark pasti banyak keluaran produk baru di pasaran untuk diguna pakai di tempat kerja.
Cuma satu nak pesan, kalau nak berinovasi tu, jangan sampai buat benda yang boleh terbang macam Ironman tu, Kang ko bagi kat Pekerja nanti dia guna untuk WORKING AT HEIGHT kan naya..Aku pun sekarang ni tengah buat research satu equipment yang boleh lock TUBULAR FENCING. Sebab kat site aku ada problem sikit dengan FENCING at Building Edges. Ada je tangan-tangan gatal bukakan Fencing tu masa aku tak ada kat site... naik jenuh Safety Team pasang.
Kalau korang tengah boring boring baca artikel aku ni.. nah aku belanja... IRONMAN Scene Tukar Power Core.
Kalau korang tengah boring boring baca artikel aku ni.. nah aku belanja... IRONMAN Scene Tukar Power Core.
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.