As salam semua, kali ini kita nak sentuh bab kesedaran safety pulak.. Oh ya, sebelum tu buat makluman korang semua, aku menulis ni santai santai sahaja jadi aku takkan sentuh perkara perkara teknikal yang terlalu serius nak dibincangkan. Sebagai contoh, bagaimana nak buat HIRARC, apa itu HSE Plan dsb. Yang tu serahkan kepada mereka yang pakar dalam bidang masing masing untuk ajar korang macamana nak buat. Lagipun aku percaya korang boleh buat semua tu. Aku hanya nak coret perkara perkara kecil tapi menarik untuk dibincang dan dikongsi bersama. Ok, tuan tuan semua, Harap penjelasan di atas mampu meredakan semua.. Jangan serius sangat ok... Kita santai santai sahaja...
Ok kita kembali kepada apa yang nak dikongsikan pada kali ini iaitu KESEDARAN SAFETY. Mungkin tuan tuan selalu berhadapan dengan situasi apabila Klien masuk site ataupun Consultant masuk site tiba tiba mereka terjumpa aktiviti tidak selamat ataupun keadaan tidak selamat dilakukan oleh pekerja di tapak dan Klien dan Consultan apa lagi, cepat cepat buat panggilan cari budak safety kat site.. Dah dapat budak safety , diorang basuh cukup cukup tanya itu dan ini.
Kenapa biarkan pekerja buat kerja tak selamat ataupun tanya you all ada tak di site ataupun kenapa tak buat pemantauan dan sebagainya. Kalau kita tak bagi jawaban yang TIDAK memuaskan hati memang confirm ke basuh sampai bersih punya. Kalau tak pun dia orang akan marah marah kerana tidak puas hati safety kat site tidak memuaskan...
Aku juga pernah hadapi keadaan sedemikian namun aku punyai jawaban yang cukup munasabah walaupun tidak semua orang akan bersetuju dengan pendirian dan jawapan aku. Kes aku bunyi begini, ada beberapa orang pekerja panjat bangunan dua tingkat buat kerja pemasangan atap tak pakai safety hat. Masa tu aku duduk dalam Site Office buat kerja kerja documentation. Biasalah kan habis buat pemantauan kenalah buat write up sikit kat pejabat. Kita bukannya boleh ingat semua kejadian jadi lebih baik tulis awal awal kalau terjumpa benda benda pelik pelik kat site. Jadi dipendekkan cerita, aku dapat panggilan daripada Consultan.
Dia komplen pasal hal pekerja tak pakai Safety Harness masa pasang atap di blok rumah banglo dua tingkat di tapak. Dia suruh aku cepat cepat datang ke tempat tersebut dan arahkan pekerja turun dari aras atap dan pakai PPE..
Aku dengar apa dia cakap tu, aku dah rasa macam, eh pelik betul mamat ni. Jadi aku pun terus ke sana dan terus arahkan pekerja ambil Safety Harness dari stor dan guna untuk kerja pasang atap. Full Stop.. Jadi ada suatu masa tu, consultant yang sama timbulkan isu safety yang dia jumpa tempoh hari.. Tanya aku itu ini.. Mintak penjelasan.. Aku cakap perkara tu aku dah setelkan pada ketua pekerja dan mereka bersetuju tak akan buat lagi... Lepas tu dia tanya aku lagi , dia orang dah diberi taklimat kesedaran Safety ke..?...
Wow.. bagaikan pucuk ulam mendatang soalan tu ko bagi kat aku.. Aku tanya balik.. ko dah attend taklimat safety di tapak ni or belum? Dia kata tak perlu kerana yang penting para pekerja. Aku jawab, patutlah kesedaran safety ko rendah..
Uiiii... berdesing telinga kawan... lalu tunjuk muka tak puas hati pada aku... Aku senyum je sambil bagi tau dia yang aku berpendirian cukup mudah iaitu "KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK" dan bukannya terletak dibahu Budak budak safety sahaja.
Jangan fikir apabila seorang SHO dan SSS sudah dilantik mereka sahaja yang bekerja memantau keselamatan pekerja di tapak., Itu tanggapan yang bagi aku salah sama sekali. Bagi aku, semua yang terlibat di tapak pembinaan bertanggungjawab ke atas keselamatan diri mereka dan orang lain yang berada di sekeliling dan dibawah jagaan mereka... Consultant tu masih tak puas hati. Aku terus jelaskan begini..
Apa kata kalau kita ukur tahap kesedaran safety kita terlebih dahulu? Aku bagi satu contoh mudah.. Katalah kau ada seorang anak lelaki yang masih kecil. Kau telah amanahkan isteri kau untuk menjaganya di rumah. Segala makan minum, mandi basuh berak semua isteri kau yang buat kerana kau dah amanahkan dia untuk ambil tugas tersebut.
Suatu hari, kau balik awal di rumah. Masa kau masuk ke dapur kau terjumpa anak kau bermain dengan pisau yang tajam di ruang makan manakala isteri kau tengah leka memasak masakan istimewa di dapur.
Jadi soalan yang aku nak bagi adalah semasa ko tengok anak ko main dengan pisau tajam tu, apa ko buat? Adakah ko cepat cepat ambik pisau tersebut daripada tangan anak ko sebelum dia terluka ke ataupun ko cepat cepat panggil isteri kau dan suruh dia ambik pisau yang tajam tu daripada anak kau?..
Jawapan yang ko pilih akan menentukan kat mana tahap kesedaran safety ko dan menentukan berapa tinggi tahap sensitiviti ko dalam isu tanggungjawab bersama menjaga keselamatan... Konsultan tu diam je.. Jadi aku tambah sikit pedas lagi.. Aku kata Budak Safety kat site tugas mereka bukan nak jaga pekerja 24 jam. Mereka pun ada masa kerja mereka sendiri. Kalau asyik kat dalam site sampai paperwork tak buat tak guna jugak.
Sebab itu ada Seksyen 24 OSHA 1994 jelaskan tentang tanggunjawab pekerja. Budak Safety hanya pastikan bahawa segala keperluan yang terdapat di dalam OSHA 1994 dan FMA 1967 serta akta yang berkaitan dipenuhi dan dipatuhi. Kalau ada perlanggaran maka teguran akan dibuat. Bukan seorang Konsultan itu juga merupakan seorang pekerja di tapak sudah tentu dia kena pastikan keselamatan diri dan orang lain terjaga bukan?
Aku tunggu dia bagi jawapan .. Sampai aku check in project lain, dia masih tak bagi jawapan pada aku... RASA TERKENA LER TU....
Photo 1 Credit: Acuform
Photo 2 Credit: directindustry.es
Photo 3 Credit: LE News
Photo 4 Credit: Today's Parent
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.