Tuesday, July 31, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 4: SHO KENA ARIF MACAM LAWYER


Kerja dalam industri safety and health ni kena rajin membaca dan kena rajin belajar daripada orang orang lama dalam industri. Aku sendiri pun masih belajar lagi daripada otai otai safety. Mereka sudah lama dalam bidang ni. Macam macam dah jumpa perangai manusia baik majikan mahupun pekerja. Jenis yang pandai cakap tapi tak pandai buat kerja pun ada.. Jadi berkawan lah dengan orang orang lama.. Bagaimana kita tahu org tu lam or baru?... Haa bab yang ini paling best. tapi nak mudah senang je.. Kalau orang lama ni org baru biasa panggil dia orang Cip... Cip ni macam tanda respect pada orang lama ni.. Mereka ni bab undang undang safety jangan lawan. Mereka hebat. Ada banyak idea dan ada banyak pengalaman...


Jadi selain daripada rajin bersahabat dengan Otai Safety ni, you all kena juga rajin membaca buku buku berkaitan dengan safety and health. Undang undang yang biasa bagi seorang pengamal keselamatan dan kesihatan ini adalah AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (osha1994) dan AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (fma1967). Yang ini banyak benda kena tahu. Ada banyak maklumat utama kena ada dalam otak. Aku tak suruh you all hafal kesemua isi kandungan cukup sekadar kalau ada sesuatu perkara berkaitan dengan kedua dua akta ni, you all boleh cari dengan mudah kat mana dalam akta tersebut yang menyentuh perkara yang diperkatakan.. Lawyer pun tak hafal semua dik.. Kalau betul nak hafal baik hafal AL QURAN lagi baik.. Dapat juga jadi Hafiz.. 

Selain daripada itu, ada juga akta lain yang berkaitan yang kita perlu tahu macam ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974, AKTA IMIGRESEN 59/63 , AKTA 520 CIDB dan lain lain lagi yang berkaitan dengan industry yang you all masuk.. Kalau masuk industri pembinaan haa ini abang nak kasi tau perkara penting ni...Ini Dia....


Kalau masuk site yang baru nak mula, tapak projek kena di daftar kan dengan pihak JKKP secara atas talian. Ini adalah sebahagian daripada requirement di bawah FMA1967 (BUILDING OPERATION AND WORKS OF ENGINEERING CONSTRUCTION 1986. Org safety biasa panggil dengan nama BOWEC86.

Projek bernilai RM500 ribu wajib daftar dan wajib lantik Site Safety Supervisor (SSS). Kalau projek tu lebih daripada RM20 juta maka kena lantik SSS dan SHO sekali. Tapak Projek kena di daftarkan dengan JKKP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja KERJA KERJA FIZIKAL BERMULA. Kalau nak daftar lagi awal lagi baik asalkan jangan terlewat. Kalau terlampau lewat mau nya kena DENDA oleh JKKP. Jangan tanya jumlah nanti kepala pening ... Lepas dapat surat kelulusan pendaftaran jangan simpan surat tu ok... Buat salinan dan tampal dalam Site Office. Kalau you simpan dalam fail, orang tak baca, nanti macam macam cerita keluar. Lepas tu terus tempah papantanda untuk paparkan nombor pendaftaran tapak projek. Orang awam amat sensitif dengan bab pendaftaran tapak projek ni. Al maklumlah... kalau buat projek Kerajaan semua mata menjeling tajam. Biasalah kan, kontraktor ni banyak cabarannya. Apatah lagi bagi mereka yang nak sangat projek tu. Lobi siang malam last last you punya company pulak yang dapat, memang rasa menyengat lah kan....

Lepas tu nak buat apa.?.  Nanti abang safety kongsi di bab seterusnya........

Kalau korang nak rujuk terus mana laws kat kat atas, korang just click je akta kat atas... Abang Safety dah siap kasi payung sudah....







No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...