Monday, August 6, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 6: MENASIHATI VS MEMARAHI



Hi bertemu kembali pada cerita seterusnya.. Kali ini aku nak kongsi sedikit berkenaan dengan al kisah Budak Safety yang selalu maki hamun pekerja yang langgar Safety Rules di tapak. Sebut je nama SHO atapun SSS , ramai pekerja akan berfkir dalam kepala mereka yang dua Budak Safety ni pengacau kerja mereka. Buat mereka rimas masa bekerja. Ini tak boleh itu tak boleh. Ada je benda yang tak ngam di mata mereka.

Dan paling mereka tak suka pada budak Safety ni adalah mereka ni suka marah maki hamun pekerja. Sampai bila jumpa je SHO ataupun SSS semua pekerja bersembunyi dan ada yang lari kerana tahu ada kesalahan mereka buat, ada peraturan safety mereka langgar. Senario ini memang biasa di mana mana tapak bina. Dan disebabkan oleh ketegasan Budak Safety kat site, ramai pekerja rasa tidak puas hati. Ada juga yang tak nak langsung bagi kerjasama dengan Budak Safety. BAB yang ini ada isu yang perlu kita lihat..

Kadang kadang kita sebagai Budak Safety terpaksa memarahi mereka yang langgar Safety Rules ni. Bukannya apa, nak elakkan mereka daripada terlibat dalam sebarang kemalangan yang boleh memberikan kesan kepada kehidupan mereka. Kalau kat tapak bina, tiada yang perfect. Yang perfect hanyalah keinginan untuk melihat tapak bina yang kita jaga menjadi contoh yang baik kepada tapak bina yang lain. Ini penting kerana bagi kita itu satu pencapaian terbaik. Namun tidak semudah itu kerana untuk mencapat sasaran itu, kerjasama semua pihak kena ada terutama sekali para pekerja. Dan apabila kita menetapkan sasaran tersebut maka kita terpaksa bekerja lebih untuk pastikan objektif tercapai.
Bila jumpa pekerja tak pakai PPE kita mula memarahi mereka. Sampai ada yang dihalau keluar site. Tapi itulah kerja Budak Safety mereka terpaksa lakukan kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pekerja yang tidak menggunakan PPE masa bekerja. 

Aku juga pernah memarahi pekerja kerana tidak mematuhi Site Safety Rules yang ditetapkan oleh pihak Syarikat. Aku pernah marah beberapa orang pekerja sampai mereka dibuang kerja. Bagi aku biar mereka dibuang kerja daripada terjebak dalam kemalangan yang meragut jiwa. Ramai Budak Safety bersikap tegas sebegitu. Tapi apa pengakhiran yang cuba nak dicapai sebenarnya? .. YA mereka takut tapi itu je yang mereka tahu. Follow SOP kat site. Keluar dari site lain cerita....

Bila aku fikirkan sedalam dalamnya aku dapat rasakan yang aku sebagai insan lemah penuh dengan segala kesilapan mendapati bahawa dengan memarahi pekerja dan menghalau mereka keluar sampai mereka diberhentikan kerja tidak memberikan apa apa nilai kepada kesedaran safety dalam jiwa pekerja yang di marahi itu. Ya.. mereka mungkin tidak lagi berada di tapak bina kita dan kita boleh katakan kita berjaya mengelak pekerja tersebut daripada kemalangan di tempat kita tapi belum tentu di tapak bina yang lain. Bagi sesetengah orang, tidak peduli tentang ini. Yang penting mereka dah tak ada lalu tapak bina dapat dikawal dengan sempurna. 

Bagi aku sebenarnya aku jadi Budak Safety ni kerana satu sebab. Aku nak pastikan dalam mana aku memantau aktiviti harian pekerja di tapak pada masa yang sama aku menanam kesedaran tentang kepentingan mematuhi peraturan keselamatan di tapak bina dan juga menjadikan pematuhan itu satu sikap tidak lagi kerana peraturan perlu dipatuhi. Hanya dengan menanam benih ilmu tentang kepentingan safety barulah pekerja dapat memahami kepentingannya dan bersedia untuk mengubah cara mereka bekerja dan berfikir. 

Jadi aku tidak lagi memarahi pekerja sehebat dulu. Aku menggunakan konsep 3P iaitu Pengetahuan, Periksa dan Pantau. Memberi pengetahuan yang mencukupi kepada pekerja di tapak sehingga mereka sendiri menyedari akan kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain, memeriksa bukan sahaja kerja yang dibuat malah memastikan bekalan alat perlindungan diri (PPE) adalah dari jenis yang diiktiraf oleh SIRIM selain memantau penggunaan PPE dan pematuhan peraturan keselamatan di tapak.

Bagi aku kini, bila aku berjaya menasihati para pekerja dengan baik, sikit demi sedikit mereka mula menerima nasihat yang diberikan dan mula mematuhinya. Menasihati terlebih dahulu amat penting untuk mengenalpasti masalah yang ada pada pekerja yang didapati melanggar peraturan.

Aku pernah bertanya kepada beberapa orang pekerja di tapak bina dimana aku bertugas sebagai Budak Safety. Aku bertanya kenapa setiap kali aku datang ke tempat kerja mereka, sebahagian besar mereka akan memakai safety hat. Jika aku tidak datang, mereka akan meletakkan safety hat mereka disebelah mereka sambil bekerja.
Para pekerja ini menjawab dengan jujur bahawa bukan mereka tak nak pakai tapi Safety Hat yang dibekalkan kepada mereka tidak selesa digunakan. Ada pekerja sampai kemerahan di sekeliling dahi akibat alahan kepada bahan plastik putih yang ada pada safety hat. Mereka minta ditukarkan. Lalu aku menempah sendiri safety hat sebagai sumbangan ikhlas buat mereka. 

Bayangkan kalau aku terus memarahi mereka tanpa memberi mereka ruang untuk menjelaskan. 

Bagi sesetengah orang, menasihati itu kadang kadang tidak efektif dan berkesan dalam memastikan keselamatan pekerja terjamin. Bagi aku menasihati itulah yang menjamin keselamatan pekerja. Kita menasihati majikan agar menyediakan PPE yang berkualiti kepada pekerja supaya mereka bekerja di dalam keadaan selamat (Seksyen 15 OSHA 1994) . Kita menasihati para pekerja agar tidak sewenang wenangnya menyalahgunakan PPE dan apa juga peralatan keselamatan yang dibekalkan kepada mereka.(Seksyen 25 OSHA 1994)

Kita menasihati dengan cara yang betul maka nasihat kita akan diterima. Kalau kita berlagak pandai memang susahlah..

Photo Credit 1: careeraddict.com
Photo Credit 2:  WorkSafe BC
Photo Credit 3:  odwyersafetyservices.ie








No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...