Sunday, August 5, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 7: CABARAN UTAMA BUKAN MANUSIA TAPI....


Bukan senang nak deal dengan manusia ni. Apa saja yang anda buat anda pasti akan berjumpa makhluk bernama MANUSIA baik di tempat kerja mahupun di mana mana. Manusia ni ragam mereka ada macam macam. Kalau manusia ni satu saja ragam nya senang kita nak berurusan tapi malangnya manusia tidak begitu.

Dalam dunia safety pun macam tu. Ada jenis manusia yang mudah ditegur, ada yang marah apabila ditegur dan ada pula yang mudah ditegur tapi tak ikut apa yang telah ditegur. Macam macam perangai manusia kan.. Jadi sebagai Budak Safety, aku banyak mencerap perangai manusia. Dah 24 tahun dah dalam industri pembinaan ni. Dah macam macam orang dah aku jumpa. Jadi tak heran kalau ada terjumpa perangai sebijik macam superhero.. Ya superhero... nak tahu kenapa?....


Mudah je nak cam superhero ni even dia orang tak pakai baju superhero. Jenis superhero ni gak special sikit. Dia tak sama macam alien. Kalau alien kita dah tau dah tak sama rupa dengan manusia. Bab yang ini sebijik macam manusia, bercakap macam manusia, berpakaian macam manusia.. Mereka ni kalau u tegur atas sebab langgar Safety Rules dia buat dekkkkkkkkkkkkkkkkk je.. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan....

Bab yang ini memang payah sikit nak handle. Kalau di marahi dia akan bertukar jadi Hijau kasut koyak rabak, baju tanggal butang, mata mula merah.. kiranya nak bagitau dia nak marah ler tu... Jadi hulk ler tu... Yang ini kena guna cara lain nak handle. Sebagai Budak Safety, kadang kadang kita terjerat pada keadaan yang mana kita kena berhadapan dengan sikap manusia yang berbeza beza. Ada yang baik ada yang jahat...

Sememangnya nak mengurus sikap manusia bukan mudah walaupun manusia itu sendiri senang diurus jika sikap mereka diubah.. Dalam pengalaman akulah bab dealing dengan spesis sebegini, aku ni jenis penyabar orangnya tapi jari tangan aku tak masuk kategori penyabar. Kalau ada yang keras kepala tak nak ikut Safety Rules kat site, aku buat tiga langkah sahaja, iaitu ... NASIHAT , AMARAN dan LAPORAN... 


Biasanya aku bagi Nasihat sebanyak 3 kali pada satu satu keadaan. Jika dia dengar dan ikut, close case. Kalau dengar tapi tak ikut aku bagi lagi Nasihat 2.0. Tak ikut juga bagi lagi Nasihat 3.0... Tak ikut u juga aku bagi maklum balas mereka ke atas kes tersebut. Kalau Management ambik tindakan berdasarkan kepada laporan aku then mereka dianggap memenuhi kewajipan di bawah Seksyen 15 OSHA 1994.  Nak tengok, samada SUPERHERO tu boleh tukar jadi HULK balik ke dak pasal Seksyen 24 OSHA 1994 bercerita tentang mereka.

Kalau mereka tak ambil tindakan berdasarkan saranan dalam laporan tapi ambik tindakan lain yang bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Akta maknanya LIABILITI KESELAMATAN berada di atas tanggungjawab MAJIKAN. 



Tapi kalau ambik tindakan lain selari dengan AKTA maknanya Management ikut saranan dalam laporan aku le tu...Nak buat saranan kena rujuk perundangan jugak. Jangan main redah je nanti makan diri sendiri...INGAT TU....




No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...