Tak semua orang berpeluang untuk melalui zaman kolej universiti yang mana salah satu daripada peluang untuk menimba pengalaman dunia pekerjaan adalah dengan melalui proses Latihan Industri. Bagi yang pernah menjalani latihan HSE di tapak bina pasti mereka akan menghargai pengalaman tersebut jika mereka diberil peluang untuk mengikuti ataupun membuat praktikal apa yang mereka akan lalui di alam pekerjaan nanti...
Sebagai SHO di tapak bina, aku memang syok kalau ada budak safety buat praktikal kat site aku. Lagi ramai lagi baik... hahah.
Adanya mereka ni dapat jugak bantu ringankan beban kerja sambil memberi mereka peluang untuk buat program safety yang biasa di lakukan oleh SHO. Aku bukanlah seorang SHO yang hebat kerana sebagai SHO aku juga perlu belajar daripada SHO yang lain yang lebih berpengalaman daripada aku. Jadi dengan pengalaman tersebut maka aku perturunkan lah kepada Budak Safety yang baru.

Aktiviti aktiviti seperti Latihan Induksi Keselamatan , Safety Toolbox , Audit, Report Writing, Site Memo memang biasanya aku akan beri peluang kepada budak budak Safety baru untuk belajar. Bukan apa.
Nak bagi mereka peluang untuk tunjukkan kebolehan mereka berinteraksi dengan pekerja dan juga untuk membolehkan mereka sensitif kepada persekitaran yang terdedah kepada Tindakan Tidak Selamat dan Keadaan Tidak Selamat.
Bila mereka keluar daripada site ku nanti, sekurang kurang mereka boleh melakukan apa yang aku nak mereka lakukan dan menjadi seorang Budak Safety yang berjaya..
Lagipun kawan-kawan semua, ilmu ni kalau diturunkan kepada mereka dan memberi menafaat , kita pun dapat pahala sampai bila bila. Dalam fikir bab dunia ingat ingat juga bab akhirat ye....
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.