Mungkin korang sume pernah mengalami pengalaman dealing dengan sekumpulan pekerja yang keras kepala. Daripada ketua sampai ler ke anak buah semua nya keras kepala. Disuruh pakai Safety hat tak nak pakai rimas katanya. Di suruh hadir Safety Toolbox awal pagi, lambat bangun pagi katanya. Macam macam alasan dia orang kasi... Bila di tegur buat salah di site, mulalah buat muka bengis tunjuk penumbuk.. Last last mereka cop Budak Safety sebagai pengacau kerja mereka. Kasi kerja mereka lambat...
Betul tak..? Aku pernah deal dengan orang sebegini. Memang susah nak kasi saman pada dia orang ni. Mereka fikir mereka gangster kat site, mereka boleh control site. Mereka lupa HAZARD kat site tidak mengira mereka kuat atau hebat, Kalau kepala kena hempuk bata jatuh dari tingkat atas baru tau tinggi rendah langit. Kalau masih hidup baguslah kalau hidup otak sewel baik tak payah hidup.. Menyusahkan orang je...Kan kan...
Aku kat site kalau bab PPE, memang aku suka bagi nasihat sampai sanggup beli kan untuk mereka kalau PPE mereka rosak tanpa perlu minta daripada majikan. Bukan apa pun.. PROGUARD Safety Hat certified by SIRIM harga tak sampai pun RM12. Kalau beli 10 unit baru RM120, ni kira buat amal sikit untuk pekerja. Tapi kalau dah dikasi tak pakai tu yang buat mata sakit telinga berdesing tu..
Kerja sebagai Budak Safety ni banyak cabarannya. Ni baru satu daripadanya. Jadi toksah fikir nak jadi Budak Safety kalau kesabaran tak kuat. Boleh bergaduh dibuatnya... Cuma aku nak bagi korang sume satu perkara penting. Hebat mana pun orang tu berlagak macam GANGSTER TAPAK, kalau bawak kereta, traffic light yang warnanya merah tu dia orang pasti berhenti punya... Kenapa berhenti? Kenapa tak lenjan je?... Kan dah status gangster tak nak ikut peraturan... Bila bab lampu merah kat traffic light boleh jugak berhentikan kenderaan tunggu sampai hijau baru jalan.Takut pula nyawa jalan dulu...
Jadi kesimpulan di sini adalah semua orang sayangkan nyawa sebab Tuhan bagi kita nyawa satu je. Tak akan ada dua tiga nyawa. Kalau nyawa ni tak dijaga dengan elok , sekali Tuhan ambik, penamat ler tu.. Tak ada tangguhan. Jadi kalau anda jumpa manusia berlagak Gangster Tapak ni kat site korang, bagitahu mereka bahawa, kerja Budak Safety bukan nak kacau kerja cuma nak pastikan mereka jadi Gangster Yang Selamat dan Sihat..yang boleh menjadi contoh kepada yang lain.. Gangster pun kena ada sifat kepimpinan baru orang respect kan....

SELAMAT BEKERJA DENGAN SELAMAT DAN SIHAT
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.