Saturday, August 11, 2018

SELINGAN: BUMBLEBEE 2018,PEMINAT FILEM 'TRANSFORMERS" PASTI TERUJA


Peminat Filem Franchise "Transformers" pasti sudah tidak sabar menunggu tayang filem terbaru Paramount Picture ini "BUMBLEBEE THE MOVIE". Filem ini bakal di tayangkan pada hari Krismas tahun ini.. Selepas beberapa tahun Kumpulan Megatron dan Decepticon tidak muncul di panggun wayang, kali ini filemnya sedikit berbeza dengan kemunculan Bumblebee sebagai sebuah kereta Volkswagen Beetle

Seperti biasa di dalam mana mana filem, kalau ada berkaitan dengan jenama kenderaan pastinya syarikat jenama kenderaan itu akan menjadi antara penaja kepada kenderaan yang digunakan di dalam filem tersebut. Ini adalah teknik MARKETING STRATEGY yang biasa bagi membolehkan Syarikat VW mempromosikan kenderaan keluaran mereka.

Sinopsis filem ini seperti sudah boleh dibaca dan mudah kerana ianya lebih kepada hiburan dan adventure. 
Tak ada misi yang perlu dicapai di penghujung cerita tak ada watak yang boleh dijadikan sandaran untuk dihubungkan dengan filem filem terdahulu, Filem ini secara umumnya adalah baru secara kesuluruhan dan jalan ceritanya berkisar tentang BUMBLEBEE... 
Pengarah filem Michael Bay nampaknya sudah bersedia dengan hasil kerja terbaru ini yang menampilkan ahli gusti terkenal John Cena sebagai Agen Burns salah satu watak utama di dalam filem tersebut manakala HAILEE STEINFELD sebagai Charlie Watson menjadi tonggak utama.

Pastinya bila ada BUMBLEBEE perlu juga ada watak Optimus Prime yang cukup terkenal dengan HERO MATI HIDUP SEMULA.. Rasanya seperti ada excitement menarik untuk di tunggu di penghujung tahun ini... Jika tiada aral melintang, In Sha Allah bolehlah menonton filem ini beramai ramai di pawagam terdekat dengan anda....

Kalau kat tempat aku, panggung wayang paling dekat adalah TGV , GSC ataupun MBO.. mana mana boleh pergi.....
"SELAMAT MENONTON"

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...