Mungkin korang pernah di cop sebagai polis di site kan... Sebabnya kerana ketegasan dalam mengendalikan apa juga perkara yang menyentuh tentang safety and health di tapak bina.. Setiap kali terjumpa dengan Budak Safety , ada pekerja mula angkat kaki lari dan bersembunyi padahal tak ada kesalahan pun yang dilakukan. Ada juga walaupun dah lakukan kesalahan buat buat tak tahu je dengan kehadiran kita di tempat tersebut.
Dalam dunia pembinaan, perkara sebegini memang biasa berlaku. Sebab itu tugas Budak Safety bukan mudah seperti tugas anggota polis yang hanya bagi saman kalau berlaku kesalahan trafik atau tangkap kalau terlibat kes jenayah.
Budak Safety ini kerja nya murni. Jaga pekerja agar mereka sentiasa selamat dalam melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Boleh dikatakan Budak Safety ini macam unsung hero kat tapak bina. Mereka pastikan bagaimana keadaan pekerja itu masuk ke tapak begitulah keadaannya bila mereka kembali ke rumah bertemu keluarga. Tapi untuk mencapai objektif itu , Budak Safety tidak dapat melakukannya jika pihak lain tidak beri kerajsama. Siapa mereka?
Pertama sekali adalah MAJIKAN, kedua adalah Pasukan Pengurusan Projek (PMT) dan ketiga adalah PEKERJA. Pekerja adalah golongan yang paling terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan di tapak bina jadi mereka memainkan peranan penting. OSHA 1994 memperuntukkan tanggungjawab MAJIKAN (Section 15) , PMT ataupun Occupier (Section 18) dan Pekerja (Section 24) dengan jelas sekali.
Majikan dan mereka yang terlibat di dalam projek pembinaan perlu menyedari bahawa Tanggungjawab menjaga keselamatan sesiapa sahaja yang terlibat di dalam sesuatu projek pembinaan terletak di tangan diri mereka sendiri dan bukan nya Budak Safety. Budak Safety bertugas hanya untuk menasihati dan memberi nasihat serta tunjuk ajar berkenaan apa jua perkara berkaitan dengan Safety and Health di tapak bina.
Sayangnya Budak Safety juga manusia. Adakalanya mereka terpaksa bertegas dalam hal hal yang mereka jangkakan boleh mengundang malapetaka dan bahaya kepada pekerja. Ada yang dimarahi dan ada yang diarahkan keluar site. Bukannya apa apa. Untuk keselamatan mereka juga. Kalau mereka melakukan sesuatu tindakan yang bahaya sehingga boleh membahayakan orang lain, itu lebih teruk daripada kena marah atau kena halau dari site...
Mereka sentiasa memastikan bahawa para pekerja sentiasa ingat kepentingan menjaga keselamatan diri mereka sendiri dan orang lain.. Budak Safety bukan Malaikat tapi kalau mereka ni Tuhan sudah lama nyawa pekerja yang engkar nasihat keselamatan di ambil .. lagi mudah kerja tak payah susah susah. Ambik nyawa ketika mereka berada di rumah. Esok tak yah turun kerja. Settle satu benda...kan kan...
Sepanjang aku bekerja aku hanya buang seorang pekerja Indonesia kerana beberapa kali melanggar peraturan Safety di tapak. Banyak masa aku habiskan dengan menasihati pekerja. Walaupun ada yang masih engkar tapi berdasarkan kepada pemerhatian aku, apabila aku sudah tidak lagi menasihati para pekerja, mereka mula terasa bahawa tiada orang ambil peduli tentang mereka. Lalu cuba untuk mendengar nasihat yang diberikan.
Dan apabila aku terjumpa mereka yang engkar mula berubah, inilah masanya untuk memberikan ucapan terima kasih kepada mereka kerana menghargai perubahan yang mereka lakukan. Akhirnya mereka akan merasa diri mereka dihargai...
Tapi aku sedar sebagai orang lama duduk di site, aku tahu lain tapak bina lain ragamnya. Dan yang paling sukar nak dihandle adalah ragam majikan yang hanya tahu mengaut keuntungan di atas segala risiko nyawa pekerja yang bekerja demi sesuap nasi...
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.