Sunday, September 2, 2018

AKU BUDAK SAFETY part 25: KALO SUME NAK EXPERIENCES, BUDAK BARU GIGIT JARI

Apply kerja kat sini minta pengalaman, apply lagi kat satu lagi syarikat, majikan nak Yellow Book. Mintak lagi kat satu tempat diorg nak Green Book. Yang ada pada diri yang serba kekurangan hanyalah sekeping Diploma Safety dan 6 bulan latihan praktikal. Bila dah graduated, DOSH pulak kata diaorang tak recognise Diploma Safety yang setengah mati nak dihabiskan. Terpaksa keluarkan duit ambil lagi kursus tambahan untuk kuatkan Diploma...Alahai inilah dilema Budak Safety yang baru masuk ke dalam industri...

Kesian pada adik adik yang begitu bersemangat untuk menceburi bidang safety ni dan akhirnya dinafikan peluang mereka untuk memasuki alam pekerjaan semata mata tiada pengalaman, tiada YB ataupun GB. Majikan pula tak nak bagi peluang kerana bagi mereka memberi peluang kepada Budak Safety baru merugikan mereka. Mereka tahu Budak Safety ni kalau dah dapat pengalaman dan dah dapat daftar dengan DOSH mulalah nak demand gaji dan kalau tak dikasi, mulalah rancang nak angkat kaki...

Selepas majikan bagi peluang secukupnya, ilek ilek jek tinggalkan site begitu sahaja. Alasan kononnya gaji yang diberikan kecik dan tidak sesuai lagi dengan pencapaian yang telah dibuat. Jadi suasana sebegini akan menjadi semacam satu keadaan tarik tali pulak. Chicken and Egg Situation..

Bila berlaku sebegini Majikan pula berasa dilema kan?.. Jadi kena ada win win situation dalam hal ni. Sebenarnya majikan boleh menawarkan;lebih banyak peluang internship kepada mana mana calon Budak Safety yang berbakat dan jika mereka berjaya dalam tempoh tersebut mereka boleh ditawarkan pekerjaan tetap dan diberikan tawaran gaji yang sesuai dengan pencapaian mereka. Barulah Budak Safety boleh kerja lama dengan majikan yang sama sekurang kurangnya tiga tahun.
Majikan tak dapat menegah seseorang itu daripada mencari pekerjaan yang lebih baik kerana ianya adalah satu daripada cara peningkatan karier seorang Budak Safety. Menimba pengalaman baru bersama rakan baru dalam suasana yang baru. Ini penting untuk masa depan mereka. 

Akan tetapi jika tiada langsung peluang diberikan kepada Budak Safety yang baru, maka dikhuatiri mereka akan berputud asa dan mula mencari kerja lain yang tiada kaitan dengan pendidikan mereka. Bukan tidak boleh. Rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah swt. Tapi setiap tahun ada ramai Otai Safety yang bersara dan ada yang tidak lagi aktif sebagai Budak Safety. Mereka yang dah lama dalam dunia safety ini akan beralih kepada pengamal keselamatan sahaja, mengajar dan berkongsi pengalaman mereka.  

Jadi Budak Safety yang baru adalah pelapis yang mengisi jurang yang ditinggalkan oleh Otai Safety. Kalau mereka tidak diberikan peluang sewajarnya maka lambat laun kita tidak akan mempunyai kuantiti dengan kualiti yang kita kehendaki. 
MAJIKAN PERLU DISEDARKAN BAHAWA UNTUK MENDAPATKAN YELLOW BOOK, BUDAK SAFETY BARU KENA BEKERJA SEKURANG KURANGNYA 6 BULAN DAN UNTUK MENDAPAT GREEN BOOK KENA PULA BEKERJA SEKURANG KURANGNYA 3 TAHUN... KALAU MAJIKAN MENYEDARI HAKIKAT INI BARULAH RAMAI BUDAK SAFETY YANG BERDAFTAR AKAN DIHASILKAN...

1 comment:

  1. kalau intern selama 6 bulan dikira dah dapat experience 6 bulan ke tuan utk apply yellow book?

    ReplyDelete

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...