Friday, August 24, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 21: TIPS PADA YANG NAK DUDUK PAPER 4 SHO

Kebelakangan ini kedengaran beberapa rakan rakan Budak Safety baru yang bertanyakan tentang bagaimana rasanya duduki Paper 4 Examinations untuk persediaan bagi program pentauliahan Safety and Health Officer. Susah ke, senang ke? Bagaimana reaksi penemuduga masa Paper 4 tu? Dia orang ni tegas ke ataupun jenis memang perit nak bagi lulus?...Jadi aku rasa terpanggil untuk bagi sedikit tips but korang yang dah plan nak ambik Exams SHO ni...

Ok. duduk diam diam. Aku bagi sedikit tips ni. Haaa... Kena ingat lain padang lain belalang, lain orang lain ragam jadi kena bersedia sepanjang masa untuk menerima sebarang kejutan masa duduki Paper 4 nanti.. Kebiasaan sebelum aku bagi tips , aku nak nasihatkan korang semua satu perkara. Kalau korang nak ambik exams SHO ni, korang daftar untuk duduki semua Kertas dulu. Kertas I, II, III dan IV sekaligus. Kenapa? ..Ini Tips  Pertama, supaya korang dapat ambik pengalaman duduk kesemua kertas tersebut. Gagal tidak mengapa. Itu tandanya korang masih belum bersedia. Akan tetapi bila korang duduk for the next round, In Sha Allah LULUS kalau cukup persediaan. 

Tips Kedua, kenapa perlu ambik semua adalah kerana prosedur NIOSH yang hanya membenarkan calon lulus kesemua Kertas dalam tempoh 2 tahun, Jika tidak , maka Sijil Kehadiran Kursus SHO secara automatik tidak lagi sah. Namun jika korang tak ambil exams, maka sijil tersebut sah sampai bila bila. Tapi selagi korang tak ambik exams tu sampai bila bila jugak ler korang tak merasa jadi SHO yang berdaftar.

Tips Ketiga, Paper I, II dan III aku jamin korang tak masalah nak lepas. Ianya mudah sahaja. Yang paling penting bukan korang perlu hafal kesemua akta yang berkaitan tapi cukup sekadar korang tau mana nak carik Section atau akta yang berkaitan dengan soalan yang diberikan. Lagipun lawyer yang bertahun belajar pun tidak hafal kesemua legislation apatah kita ni yang hanya 21 hari belajar safety laws. 

Tips Keempat, paling penting yakni Paper 4. Ramai yang sangkut kat sini kerana disinilah titik mula perjalanan korang ke arah menjadi Budak Safety yang berdaftar. Ok. Paper 4 ini biasanya melibatkan dua perkara yakni Work Place Assignment aka WPA dan WPA Presentation yang turut disusuli dengan Q&A. Untuk WPA biasanya korang akan daftar awal untuk duduki peperiksaan tersebut. WPA kena di antar lebih awal sebelum tarikh temuduga dijalankan. WPA ni amat penting kerana kesilapan penyediaan akan menjejaskan peluang korang nak lulus. Dan ada yang tidak punyai idea langsung bagaimana rupanya format WPA ini. Dulu aku pun macam tu jugak tapi ada rakan tolong bantu. Jadi kali ini giliran aku pulak bantu korang. Jadi kalau korang nak contoh WPA yang LULUS sekali duduk sahaja aku share kat sini >>>>>>>; klik DI SINI <<<<<<<;

Korang boleh guna untuk rujukan. 

Untuk sesi pembentangan Paper 4 korang kena sediakan satu Power Point Presentation dalam 10-15 slides yang mana korang boleh habiskan pembentangan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak pemeriksa. Masa aku dulu 20 minit. Lepas 20 minit pemeriksa akan berhentikan pembentangan dan soal jawab akan bermula. Kalau korang nak contoh PPP yang aku buat dulu  nah.. ni dia >>>>>>>>>>>klik DI SINI <<<<<<<

Tips Kelima masa Soal Jawab. Bab yang ini biasanya Pemeriksa akan memberikan soalan berdasarkan kepada WPA korang. Masa aku dulu memang ada sedikit kesilapan yang dibuat yakni Working at Height yang aku tulis dalam WPA. Memandangkan masa itu pembentangan Paper 4 dibuat di tingkat 19 sebuah hotel , soalan pemeriksa adakah pada masa ituada hazard ketika berada di tingkat 19?.. Sudah tentu tidak. Jadi sepatutnya apa aku tulis dalam WPA HIRARC bukanlah WAH tapi Bumbung yang Licin. Jadi kalau korang dah salah terus akui kesilapan tersebut kepada pemeriksa.

Tips Keenam Kalau ada soalan memang korang tidak tahu, cakap je tidak tahu dan mohon jasa baik daripada pemeriksa untuk jawapan. Tidak perlu nak kelentong menggoreng sampai hangus. Perkara yang fakta tetap fakta. tak boleh diubah ubah. Dulu masa pembentangan aku asyik bercakap tentang CPL padahal CPL dahpun ditukar kepada CLASS. Pemeriksa tanya bab yang ini. Aku jawab aku tidak aware tentang perubahan tersebut memandangkan aku hanya bekerja di dalam industri pembinaan yang tidak selalu berurusan dengan Chemical Materials dan Material Safety Data Sheet. Mudah saja kan.. Jangan perangkap diri sendiri dengan ilmu pengetahuan yang tidak ada dalam kepala. 

Tips Ketujuh Bab WPA korang. Bab yang ini paling penting sekali kerana ia menentukan siapa pemeriksa korang. Kalau boleh korang buat WPA yang menjurus kepada Kesihatan bukan Safety. Kalau korang tengok WPA yang aku share ia lebih kepada HEALTH. Jadi apabila ianya cenderung ke arah Health Issue maka kebiasaannya pemeriksa korang adalah Occupational Health Doctor (OHD) dan bukannya Professional Engineer yang menjurus kepada Safety. Kenapa?... Ini trick dia. Kalau latar belakang korang bukan berkaitan dengan Health, maksud aku korang tak pernah ambik mana mana kursus berkaitan dengan perubatan or klinikal, mudah bagi pemeriksa korang menerima kenyataan kalau korang tak dapat menjawab soalan soalan berkaitan dengan health. Kerana kebiasaan calon gagal menjawab soalan health ni tapi memberikan alasan yang baik iaitu mendapat maklumat berkenaan dengan health hazard hasil daripada kajian dan pembacaan majalah dan dari internet. Dan mudah pula bagi korang merendahkan ego kerana perkara yang ditanya pemeriksa memang korang tak tahu.

Kalau WPA korang menjurus kepada Safety. Pemeriksanya pasti seorang Professional Engineer dan kebiasaannya pemeriksa akan bertanya tentang keperluan Method of Statement, Work Procedure ataupun Safe Operating Procedure in short perkara teknikal. Kalau korang memang dalam dunia kejuruteraan, hal ini mudah bagi anda jika korang bersedia menerima pendapat daripada pemeriksa. Akan tetapi kalau korang mempunyai pengetahuan dan arif tentang kandungan WPA korang maka sudah tentu korang akan memberikan jawapan sebaik mungkin. Walaupun korang betul ada kalanya jawapan korang tidak diterima. Kebiasaannya calon akan counter dengan jawapan yang agak defensive. Ini silapnya. Kerana kalau calon tersebut seorang Engineer pasti ada egonya di situ. Tapi kalau korang bukan dari bidang kejuruteraan dan buat HIRARC tentang perkara kejuruteraan korang perlu bersedia fizikal dan mental. Kalau pun anda betul dan pemeriksa salah , terimalah seadanya. Tidak perlu mempertahankan argument korang. Korang mungkin benar tapi pemeriksa ada egonya sendiri kerana status PE yang ada pada namanya. 

Kerana ingatlah kata Sun Tze dalam karangan bukunya the Art of War yang berbunyi: 

"DO NOT FIGHT IN A BATTLE THAT YOU CANT WIN. REMEMBER IT IS NOT WINNING A SINGLE BATTLE THAT DETERMINE THE VICTORY BUT WINNING A WAR."

Jadi inilah beberapa tips yang aku nak share dengan korang sume agar bermanafaat. Kalau LULUS jangan lupa pada AKU si Budak Safety... Adios Amigo...Chow...




10 comments:

  1. Thank you sudi share ilmu. Sangat bermanfaat. Doakan saya ada idea untuk paper 4.

    ReplyDelete
  2. sentap lak lepas baca.
    kali pertama keras mempertahankan pindirian.
    24 hb Apr ni kali ke dua. doakan saya.

    ReplyDelete
  3. Thank you brother, tips yang mantap

    ReplyDelete
  4. Salam bos..tlg guide saya untuk ambik exam semua paper sho..saya bru nk ambik exam..

    ReplyDelete
  5. Thank you for the tips bro..memang banyak membantu..doakan aku pon berjaya lulus Paper 4 =D

    ReplyDelete
  6. contoh p4 tu xleh access bro. saya buntu nak buat wpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. okie . saya dah update. boleh rujuk Paper 4 di sini k.. semoga berjaya

      Delete

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...